Selasa, 13 Januari 2009

I am a Boy with a Cordless microphone (tajuk nak omputeh).

Duduk bersila sambil goyang-goyang kaki. Mata melihat kaca tv. Otak berputar-putar dengan lagu-lagu separuh ganas. Jiwa bergelora. Test-test korek hidung pulak. Hmm..Ok. Tangan buat macam nak main dram angin. Ok. Best. Selak sikit rambut. Nak tertutup mata plak nih. Ok. Best. Start tulis.

Aku tengok bukan main lagi galak orang-orang di Malaysia ni berkempen dan berdemonstrasi menentang kezaliman Israel.

Boikot produk Amerika? Terjerit-jerit. Mengalahkan budak screamo. Terlompat-lompat macam budak old-school hardcore. Lucu. Bagi aku benda ni sepatutnya dah lama ada dalam otak masyarakat kita. Itu lah. Banyak sangat makan jajan. Kan dah penuh otak tu dengan MSG. Jadi perlahan lah jadinya. Lagi satu, banyak sangat berpolitik bukan-bukan. Sampai macam orang nyanyuk aku tengok pemimpin ni bila pegang mikrofon. Gasak kau lah binatang.

Dulu orang ketawakan aku. Bila jalan ramai-ramai. Aku tak mau makan dekat restoran makanan segera antarabangsa. Duduk di luar. Bila aku pakai Pallas Jazz untuk hari raya, ada jugak yang memandang sinis. Apatah lagi aku menggendong beg yang bertampal dengan perca-perca anti-establish. Seluar tak berjenama. Baju sekadar cukup sifat. Naik basikal adalah tidak stailo.

Sekarang, kita boleh tengok ada mamat-mamat yang beriya menggelupur macam ayam Pak Mahat yang kena langgar Boy Basikal Merah bila bab berdemo ni. Bilang jangan pakai produk Amerika lah, apa lah. Kenapa baru sekarang?

Dan apa yang lebih melucukan, ada jugak mamat-mamat power yang berucap sakan sedangkan dia adalah konsumer nombor satu produk AS. Bosan.

Ini semua bahana politik sebenarnya. Buang masa. Nak tunjuk hero macam budak belum mumayiz.

Bila aku beraksi atau berevolusi untuk diri sendiri, ada yang mengatakan aku syok sendiri. Banyak sangat baca benda bukan-bukan. Sampai makanan sedap banyak MSG, kolesterol, garam pun tak mau jamah.

"Itulah. Punk la tu konon. Kita tengok sampai bila dia boleh bertahan macam tu."

Pada aku ini bukan soal punk atau tidak. Kalau bercakap soal punk, sudah tentu aku jauh ketinggalan dan tak punya apa-apa sumbangan dalam scene punk itu sendiri. Tiada band. Tiada zine. Malah cukup malu sekiranya aku mengaku aku adalah punk sejati. Tetapi pada aku punk pernah membuka minda aku dari terus lesu diperbudakkan keadaan.

Ia sebenarnya adalah kesedaran dari diri sendiri. Penentangan terhadap apa-apa bentuk penindasan dan faktornya harus terus disemat dalam hati. Bukannya bermusim. Bukan mengira kaum. Bukan mengira bangsa.

Kepada yang beriman, kalau perjuangan itu berasaskan bangsa dan kaum semata-mata, pernahkan engkau persoalkan kenapa Tuhan itu mewujudkan manusia dari pelbagai kaum?

Asal manusia, dia juga mempunyai hak untuk terus menghirup oksigen segar terus menerus tanpa dihantui sebarang ketakutan.


Aku serius sangat dah ni. Kena berhenti. Kang tak pasal-pasal bermosi ribut payah nak berhenti. Alamak, tag Ofa tak buat lagi!! Jangan marah taw you..Meow meow~*

21 ulasan:

kecik berkata...

aritu pegi uia gombak sume pegi demonstrasi kat ampang park la, melawati la,

time2 ni ramai sungguh nak boikot mcd, nestle, johnson2,

bertahan berapa hari je.
kalo nak boikot,boikot la betol2,

ceri masam berkata...

what u wrote is gud!

berbeza pandangan tak bererti kita2 semua ni tak sehaluan :)

Rahimin Idris berkata...

punk bukan fashion. bukan trend. kalau punk benda2 gitu, tak tahan. tapi kalau jenis punk makan sampah tu, aku tak leh terima la. ha ha

Bila Diary Bercerita berkata...

Ada gak benarnya apa yang ko tulis..

ofaghag berkata...

setan, dari kau menyundal kat blog kau mengamuk balik kapur tulis mcm cikgu english sekolah rendah baek kau jawab tag aku sebelum pecah cermin beskal kau.

Huzai Mansor berkata...

ttag! tag! ceh.


Bagus bang juna. Refleksi attitude punk yang hebat!. Entri yang memang aku tunggu. Tiba-tiba semua tak mahu mcd lah ape lancau lah. Bila aku makan sorang, mula tuduh aku sokong yahudi. Tapi bila aku belikan bagi depan mata, makan jugak.


Menyampah. Tiba-tiba semua bersemangat! Sebab diapi-apikan dengan bicara media yang bermain dengan sentimen keagamman. Nak jadi politikus tak berbayar. Semua nak pening fikir pasal masalah dunia yang tak selesai.Padahal masalah sendiri tak selesai, hutang bank buat beli kereta jenama Amahreka yang mereka kata menyumbang kepada yahudi tu pun belum habis bayar. Itu betul2 sek amahreka.


kalu rajin sila-silalah baca entri ini dan ini.

hegira berkata...

cuma bebudak sekarang nih tak paham erti punk. ideologi punk.

KARKADEWA berkata...

bang juna...
lu makin beremosi..
gua jd seram...
huhuhu...

Yana Ismail berkata...

btol tu bro..perlu disemat dlm hati...mari sama2 sematkan!

Suka Bebel berkata...

standard la masyarakat kita terutama bangsa melayu sendiri yang dah ketagih mek D ngan Kep C.tapi nak tak nak bila orang rumah dah mengidam terpaksa gak la aku turutkan.selagi terdaya, selagi mahu, elakkan guna barang puak puak sekutu zionist ni walaupun tak datangkan kesan pun kat diorang sebenarnya

cimon berkata...

jumaat lps (after solat hajat lps solat jumaat)ade mcm demo kat masjed jamek...tp...xramai yg ambik port...coz...msg2 sibuk nak blk ofis...da kat kul 2.30 ptg ms tu...

(p/s:aku baru jer terbli kfc smlm kat mdvly, xsengaja tau!)

.farah. berkata...

kalau nk boikot, boikot la trus.tak perlu nk meniaga2 brg2 israel kt mesia.bole mcm tu? aku rase kerajaan pn xkn buat mcm tu. demi menjaga ekonomi negara.bkn berlandaskan syiah atau keagaamaan. dunia sekarang penuh dgn konflik. konflik yg manusia reka sendiri. yahudi dh dr dlu mmg jahat, yg kite ni islam yg ade kt dunia buat ape? tengok je ke? kenapa x amik tindakan? kan? kite asyik menyalahkn org yahudi serang palestin, dorg tu dh memang jahat.mmg keje nye utk hapuskan org islam.nak bina negara mereka.dr dlu..now dah xde negara lain yg lebey berkuasa dr dua negara tu.

sorry bang juna.ter emo plak.

dzul berkata...

walaupun mungkin terlambat, tapi itulah permulaannya..teruskan sahaja boikot..jgn fikir panjang.

* multinational corporation, genocide of the starving nation

Rembo berkata...

let us do our part rite? even a bit. kalau kau nk band semua, mmg tak boleh. Lumpuh jadinya. At least, minimize.

Satu lagi, pegi btolkan perkataan beremosi tu. hehehe

K.O.N.T.R.A. K.I.R.I. berkata...

hahaha. aku setuju dengan ko bila semua orang berdemo untuk boikot barangan US walhal dialah pengguna utaa brangan US. yeah.

aku link ko.

A t i Q a h berkata...

Benda ni kena istiqamah brader. Istiqamah!

apek terror berkata...

wei lu pandai buat bunyi kucing,buat muke kucing boleh x....haha

Rajuna berkata...

kecik-hah.jangan hangat2 nasi ayam. haha

onelove-yezzaaap!

rahimin-betul. kalau punk makan cucur badak adakah ia menyokong animal rights?

aishah-tak ada yang benar dan tak ada yang salah di sini.

ofa-ala yaaaaaaaaaaaang...


huzai-punk adalah diri kita sebenarnya. suatu bentuk penentangan semulajadi berasaskan nilai kemanusiaan dalam cara yang lebih seronok.ceh! pendapat aku la.

hegira-ya betul. pada aku sendiri dulu aku fikir punk adalah simple plan semata2.

karkadewa-antara blog aku dengan puaka niyang rapik mana lagi seram?

princess liyana-yay! nak ais krim kacang?!

sukabebel-kita ada alternatif sebenarnya. tapi terpulang lah. hak individu. tapi kalau yg berpendapat mngunakan produk multinasional adalah satu bentuk martabat aku tak dapat kata apa.

cimon-there. intention.

farah-lantak kau la. aku tak ada hal je. lain la kalau kau menyanyah kat web kementerian pengangkutan jalan.

dzul-hamboiiii. itu dia.

rambo-yeah. betul. mengenai perkataan emosi itu aku lantakkan sahaja. maklumlah spontan. tak ada check spelling.

sofa-terima kasih banyak2.

atiqah-ya betul atiqah. insya allah.

apek-oi nanti orang cakap aku laki kucing kang. binatang nih.. kepap! kepap! kepap! * ketul kepala apek*

FAZ berkata...

byk item ak ade made in hong kong atau made in china...

xpernah nmpk lg yg made in israel!!

Rajuna berkata...

xfazx-mercun bola yang kau tunjuk aku bukan dari israel ke? yang kau beli pakai post paid tu? yang kau order kat ebay tu? hahaa

Danielle_Corleone berkata...

gua tau!