Rabu, 18 November 2009

Aq Pown Penah Adew BESKAL la weh. Poyo ah korunk!!

Aku tengok kegiatan berbasikal sekarang macam nak jadi musim. Iyan pun nampaknya aktif berbasikal. Aku jeles. Sangat jeles. Jeles itu sama level dengan jeles aku apabila jiran sebelah beli set meja makan kayu jati atau kasut Adidas Samba.

Aku juga berbasikal. Tapi aku tak mampu beli basikal mahal macam Iyan dan geng-gengnya pakai. Dulu boleh lah aku mengendeng basikal mountain bike Nurul. Tapi bila Nurul dah pindah, sekarang ni aku naik basikal Maktok je (yang ada bakul kat depan).

Pernah juga mak ayah aku belikan basikal import dari Singapura. Tapi tak adalah mahal sebab basikal tu terpakai. Mak ayah beli sebab melayan karenah aku yang konon seoarang revolusioner tak nak naik bas pergi tiusyen. Sanggup pakai basikal mak aku yang ada bakul kat depan untuk pergi ke mana-mana. Ini baru punk. Selamba berbasikal sambil telinga disumbat walkman berisi lagu-lagu crust/grind yang rendah kualiti rakamannya. Tapi kalau pergi jauh-jauh naik bas jugak! Gila kau nak naik basikal 140 kilometer? Lenguh! Ada yang cakap boleh mandul. Bengong, cuak sial.


Pada aku ketika itu, nampak tidak punk kalau naik bas. Dan kerana punk itu lah mak aku nangis selalu mengenangkan aku asyik dengar lagu bising jerit-jerit, banyak pulak perca-perca punk ditampal pada beg sekolah disamping perangai aku yang huru hara.


Punk tak punk lah masa tu. Sekurang-kurangnya aku melakukan revolusi atas diri aku sendiri. Boikot bas dan syarikat petrol sekalipun tambang bas tetap naik. Revolusi dah tak berguna lagi. Buat demo kat jalan pun nampaknya tak ‘jalan’! Macam cilaka.


Naik basikal memang best. Peluh keluar. Badan slim. Boleh ramah tamah dengan orang. Masa aku pakai basikal dulu, orang selalu bertanyakan tentang basikal aku untuk dijadikan modal bersembang sebab basikal aku memang unik. Dulu, mountain bike ada spring kat tengah dah kira rare. Belum masuk Malaysia lagi masa tu. Tayar basikal aku pun warna kuning berbelang biru. Sama dengan frame basikal aku. Aku rasa aku paling stailo kat pekan. Paling penting, aku rasa aku punk. Atau kata lainnya, aku punk yang peramah dan mesra masyarakat. Bukan macam YB. Bila nak mengundi baru nampak batang hidung. Ini bermakna punk lagi prihatin dengan masyarakat berbanding YB. Mampus lah YB. Kau buat rumah terbuka aku makan je. Alah, duit kitorang jugak. Kerajaan bagi peruntukan apa. Kitorang bayar cukai. Sikit-sikit cukai, cukai cukai…akhirnya mencarut-cibai.


Pernah juga terfikir, alangkah seronoknya andai berbasikal menjadi budaya di Malaysia. Seronok juga kalau ada basikal pun boleh pinang anak dara orang tanpa segan silu. Seronok juga kalau ada ijazah naik basikal dan orang kanan kiri tak mengata, “si Punai tu ada ijazah kerja baik tapi hampas, kereta pun tak mampu beli ke? Kedekut asam janggut punya budak!” Kita kena ingat kita berada di Malaysia dan kita dikelilingi manusia tidak cool.


Selain dikelilingi manusia tidak cool, keadaan jalan raya kita juga tidak mengizinkan kita berbasikal secara sepah-sepah. Walaupun boleh berbasikal tetapi pada aku ada kawasan yang berisiko macam kat highway. Tapi kalau engkau gamble, lantak kau lah. Tapi kalau aku sendiri pun cuak sial nak naik basikal kat kawasan jalan Bandar atau highway ni. Kenderaan laju-laju. Laluan kecemasan pun diorang sesah buat memotong kenderaan lain. Gila qalbun (anjing) agaknya driver-driver kat Malaysia nih!


Jalan tak ada masalah. Tetapi sikap pemandu kat Malaysia menyebabkan aku naik menyampah macam sampah masyarakat nak berbasikal. Mana ada tolak ansur? Lagi kereta besar, lagi kereta mewah lagi besar ‘kepala anjing’ aku tengok. Orang nak lintas pun tak bagi chance. Basikal/motor ke kalau dorang lalu kat sebelah tak ada nak mengelak! Ini gua panas. Bila dah panas, apalagi? Mencarut lah. Dah..tambah dosa. Tak guna!


Aku tengok blog brader MM hari tu. Ada cerita pasal kegilaan dia terhadap basikal prewel mati. Gila lah kalau kat tengah-tengah KL bawak basikal prewel mati ni. Cuak sial. Aku pernah juga merasa basikal kawan aku yang pakai prewel mati ni masa budak-budak dulu. Tak sedap lah. Berat. Laju tu memang laju lah, bila part nak naik bukit tu parah. Dah la tu tak ada brek eh? Gila ah budak-budak sekarang ni. Kau ingat kalau jatuh naik basikal ni sikit-sikit punya luka ke? Parut aku jatuh basikal masa darjah lima pun masih ada sampai hari ni. Masa aku lepas jatuh tu, mak aku siap sebat pakai hanger marah sebab aku naik basikal laju-laju. Nak jadi Wayne Rainey ke? Mak gua tanya.


Alah, pakai prewel hidup pun ok jugak. Basikal jugak apa. Kalau kau pakai smart-smart. Naik basikal sopan santun, aku yakin. Satu hari nanti akan ada jiwa-jiwa yang ingin mendekati mu (sial, ayat majalah Remaja). Selamat berbasikal dengan rilekssss ah bai!

8 ulasan:

Dewajiwa berkata...

betul lah tu.
berbasikal ni kalau untuk aktiviti je sekarang. kalau saja-saja berbasikal atau buat pakai gi keje, dah tak releven. nak kata tak boleh pun 'tak bleh' gak. bagus kan kalau jadi macam Jepun.

Rahimin Idris berkata...

cilakak prewel mati tu. lepas tu pemijak pedal tu besi ada gigi buaya. brek tak ada. aku nak brek tak sempat. tahan kaki dekat tanah. pemijak pedal tu hentam belakang betis aku. tobat aku benci prewel mati.

faqhrule berkata...

dulu aku ada basikal GR-Rocky beli dekat kedai singer. lepas dua bulan aku tukar tempat duduk besi bengkok, kepala GT, handle bmx custom, cari sport rim 7 batang rare spray putih. body kasi biru narong macam metallic sikit. taksampai dua minggu aku bikin basikal tu, kena curi! sial

FAZ berkata...

Lu memang potong stim gua.

Gua tukar hajat mintak beca!!

Rajuna berkata...

dewajiwa-tu lah kan. betapa segarnya udara kalau tak ada kenderaan bermotor kat atas jalan yay!

min-aku cakap dah. benda2 bahaya ni jugak budak-budak nak buat. lantak koranglah.

faqrule-hai faqhrule. saya pernah menjadi dalang sindiket mencopet sparepart beskal. bye!


xfazx-lu pandai cakap omputeh? leh kayuh beskal kat melaka. untong ngalahkan pengusaha bas ekspress!

cimon berkata...

beskal gua da jual kat apek surat kabar lama...coz da jd tukun nyamuk blkg rumah!!...timbang kati beskal tuh!

hahaha(^v^)

(p/s:better naik lrt...xde asap)

Rajuna berkata...

cimon-ish, macam mana nyamuk nak membiak kat basikal? kat handle?

Kas Hariz berkata...

yg penting tujuan kite berkayuh tuh ape..riadah?ikut2?jiwa?

janji anda kayuh..x ksh la beskal ape pon.ikut mnt masing2..

kalau la malaysia ni sejuk..dh ramai nek basikal agknye..hehe