Jumaat, 20 November 2009

Sekali Aku Hentak Pinggang Kau Dengan Penyapu Baru Kau Tau!




Aku naik lucu dengan perangai sesetengah cikgu. Tangkap budak merokok. Marah-marah. Maki hamun. Hina.


Tapi sendiri hisap rokok.


Agak-agak tak membazir ke air liur dia?


Ini namanya sampah. Orang macam ni, aku bagi jari tengah je. Macam bagus. Sekali dengan dia aku lempang dengan pongkes plastik. Bukan budak-budak tak tau dia pun hisap rokok kat sekolah dengan kat luar. Lagipun, berbau. Bodoh!


Biasanya. Orang macam ni. Datang dengan satu set lengkap. Contoh. Tau tengok silap orang. Silap sendiri tak nampak. Bab hina menghina kita bagi markah A+. Selalunya terdiri dari golongan pengikut politik haluan kanan. Gila duit. Gila kebendaan. Settled.


Kalau tak dapat sabar dek dendam tak sudah. Tak dapat orang. Benda lain pun jadilah. Mungkin aku akan lempar buku persediaan dia ke longkang. Mungkin aku akan sorokkan kunci stor sukan. Atau pura-pura tak sengaja tercurah kuah mee bandung pada baju dia.



Tak tau ke, aku dulu pernah pegang King Of Sabotage?

11 ulasan:

suezen berkata...

erk...teringat kat cikgu omar zaman skolah2 dulu..suke sound org dating..tp dia dating ngan awek(student sendiri)...takpe plak..angin2

Rajuna berkata...

sue, wahhh.. boleh pulak gitu. anak murid kiut kot? auw.

cincau and other drugs berkata...

biasalah cikcu-cikgu, ada setengahnya tunjuk bagus. tapi dorang pun buat jugak perkara macam tuh dulu.

dulu, kat sekolah aku ada cikgu yang bila depan pengetua jer, barulah nak tunjuk bagus. maksud tunjuk bagus tuh, nak tunjuklah yang dia prihatin dengan pelajar dan cakap pun lembut-lembut dengan pelajar tapi bila kat belakang, macam haram.

king of sabotage ??

Mak Su berkata...

iyalah, buang masa jer nak nasihat orang, tapi sendiri pun tak leh nasihat diri sendiri

faqhrule berkata...

ni kes bengang dengan cikgu mana ni?
kasi calar kereta dia tengok. pakai batu bata calar dalam-dalam

Dewajiwa berkata...

itulah dia orang yang patut dipanggil ketam mengajar anaknya berjalan. biasanya cikgu-cikgu yang dah senior dan berfikiran streotype pada semua anak murid. stok anggap semua murid "zaman sekarang" semua dah tak boleh diajar atau ditegur baik-baik. macam palat je.

Hann Haidar berkata...

singgah balas

:)

dulu skolah x pnah plak ada isu rokok.

dzul berkata...

politician ramai mcm ni. aku ingat lagi satu masa yg x berapa jauh..ada sorang adun didalam perhimpunan agung parti dia..yg beria2 memaki dan mengecop kompeni melayu yg mengalibabakan projek kepada pihak lain sebagai pengkhianat. padahal syarikat dia sendri yg mengalibabakn projek..(ops..perlukah politician mempunyai syarikat kontraktor?)..rasa macam komen kat blog tukar tiub..kah kah kah

Rajuna berkata...

kejora-tak dapat dia kaum kerabat dia pun okey la. kita buat calon isteri/suami. haha

maksu-apa nak buat dengan orang macam ni? cubit manja di pipi barangkali.

faqhrule-ni secara rawak mewakili pengalaman secara peribadi sama ada semasa belajar atau mengajar.

dewajiwa-budak sekarang bukan macam dulu2. lain pendekatan dia.

paan- :)


Hann-sekolah apa kau ni? sekolah memandu ke?

dzul-woit...kah kah kah...hentikanlah projek membodohkan orang melayu..kah kah kah...EEE..haha

Hann Haidar berkata...

bukan sekolah memandu.

sekolah perempuan-perempuan mewah yang kebanyakan anak-anak hishamudin dan zulhasnan.

Suffian Salim berkata...

tak baik kau kutuk cikgu² diorang ibarat lilin membakar diri demi menerangi pelajar²..ahaha