Sabtu, 28 November 2009

Cara Mengeluarkan Usus Manusia dengan Menggunakan Teknik Silang Pangkah

Bukan mahu mengadu domba. Cuma ingin bercerita. Bahawa ada satu tahap kita perlu berseorangan. Sama ada melalui rutin kehidupan. Atau menentang sebarang keputusan dan keadaan.


Kenapa tidak berseorangan? Kenapa perlu mengikut telunjuk bicara akal seseorang sedangkan kita punya pemikiran logik sendiri?


Keberanian. Kecekalan. Ego yang tinggi. Kemampuan untuk berfikir. Itu kunci untuk bergerak berseorangan. Memang adakalanya kita memerlukan seseorang dalam kehidupan kita. Tapi pada sudut yang lain, kita perlu berdiri dengan prinsip kita untuk menidakkan sebarang perkara yang kita tidak persetujui.


Pergi mampus dengan kata-kata orang.
Pergi mampus rutin yang membosankan.
Aku angkat jari tengah dan julang ke atas kepada manusia-manusia yang fikir aku tidak boleh hidup tanpa dirinya. Kamu ibarat sampah yang tidak sengaja aku pijak!-Tak punya masa untuk menjaga hati-hati kamu sedang hati aku tak siapa peduli.


Hidup ini tidak perlu mengikut sistem manusia yang lepas-lepas.
Adakalanya perkongsian itu menyakitkan. Adakalanya kebersamaan itu menjengkelkan. Tunaikan tanggungjawab dan selebihnya ikut diri kamu.


Kegembiraan pasti ada dalam genggaman, binatang!

5 ulasan:

faqhrule berkata...

KMLJ apa juna?

FAZ berkata...

Patut mempraktikkan teknik silang pangkah ketika melapah haiwan korban.

Lu emo!!

Unknown berkata...

"Kegembiraan pasti ada dalam genggaman"

yeahh! ;)

Rahimin Idris berkata...

ko dah masuk kelas jahitan ke juna? boleh la lawan den wahab.

Rajuna berkata...

faqhrule-tak ah. XPDC je.

xfazx-aku crunk!!!!


cik epal-yeyeh (Bandi Amuk)

min-den wahab punya kain sampin mahal nak mampus. aku boikot. kapitalis gila la.