Ahad, 14 Jun 2009

Catatan Ini Barangkali Membuktikan Satu Lagi Sudut Kekecundangan Si Penulis


(Gambar ni amek petang tadi kat kampung. Sampai lewat solat maghrib.)



Aku layankan sahaja perasaan petang tadi. Berbekalkan kamera, aku cuba mengetik-ngetik butang-butangnya agar kepala ini tidak terus-terusan fokus kepada berita yang baru ketahui petang semalam.


Petang semalam, aku menjadi pemandu kepada orang tua aku ke majlis perkahwinan keluarga yang pernah menjadi jiran sekitar tahun 1993 hingga 2003. Memandangkan perhubungan kami akrab, mereka tidak dapat menerima apa sahaja alasan aku untuk tidak datang ke majlis perkahwinan tersebut.


Saya sempat berbual dengan At. Anak tuan rumah yang juga 'abang darah' aku. Perbualan berbaur ungkitan mengenai ketidakhadiran aku di mana-mana majlis perkahwinan rakan-rakan. Sudah pasti pelbagai alasan diberi yang mana kebanyakkannya telah aku karang sejak minggu lalu lagi. Perbualan meleret-leret hingga perkembangan rakan yang lain. Namun, aku tersentap bila At bercerita mengenai diri dia. Aku hampir-hampir terjelepuk kelesuan. Aku gagahi juga untuk 'cover tampan' di majlis serba karaoke itu.


Tidak menunggu lama, aku harus memandu ke Kluang. Sepanjang perjalanan pergi dan balik hujan lebat mencurahi jalan raya Batu Pahat-Kluang. Aku jadi tak keruan. Dalam perjalanan pulang aku sudah hilang fokus memandu. Hampir menyondol beberapa kenderaan dan pekerja Myanmar di Parit Raja. Aku benar-benar terkesan dari berita yang dikhabarkan oleh At.


Aku akui. Ego seringkali menyelimuti diri ini. Atas alasan prinsip. Perasaan orang sering aku ketepikan. Mungkin aku terlalu berhati-hati. Mungkin aku terlalu sinis dengan kehidupan disekeliling aku. Atau barangkali, aku yang tak punya keyakinan diri. Macam Abang Man Motor cakap, "Minta maaf abang cakap, kita ni kurang keyakinan diri. Bila nak berubah?" lebih kurang begitulah bunyinya.


Ya, aku silap membuat percaturan. Haha. Padan muka aku. Hahaha. Ini tidak lawak. Ini bukan program Jangan Ketawa. Tapi ini serius.... (ikut nada Wonderpets).


Perbuatan tidak melayan sms dan panggilan telefon selama 5 bulan memang kental dan perbuatan ini akhirnya berbayar.


Dia dah dimilik orang. Dia dah tunang minggu lepas.

**

Juna Baik-Itu lah kau. Menyesal dah tak berguna. Suka main-main. Buat lawak tak kena tempat. Orang serius kau main-main. Orang tu pun letih nak tunggu kau. Kau suruh tunggu tungu tunggu. Sampai bila? Ada peluang, dia bla ah. Dah, tak payah sedih-sedih geli ah. Pergi baca buku motivasi. Kasi up sikit kau punya perangai tu. Tak pun, kau bela jambang ah. Nampak matang sikit. Macam bai karpet.

Juna Jahat-Lek sudah. Bukan seksi sangat pun. Bosan ah. Budak perempuan yang kerja warung karaoke tu lagi hot beb. Dia punya cutting, peh..merembes air liur ni ha!
Boring ah kau ni nak layan emo je.



(Gambar ini bertajuk-Dem)

15 ulasan:

Fareenz berkata...

ok..sedih. tp salah bang juna sendiri kan?

lelaki dah tua pon mengancam lagi. pompuan tua2 x mengancam dah.

patut bang juna bagi 10 bulan lagi kita kawin ke, 11 bulan 2 hari ke.

xpela bang juna, lin xde..lan ade..lon ade..cari je la..

hzrh berkata...

bangJuna kan macho?
ramaiiiiiii lagi ade bangJuna..
C:

org kata,jodoh tetap jodoh..
walaupun kawen cerai,kawen cerai..ntah kawen kali ke berapa pun..mungkin yg terakhir tu baru kita baru jmpa jodoh kita!

senyum la bangJuna!
C:

H berkata...

oke, ini sedih...
:(

juna, pompan ni kalu dia kate dia tak kisah...
means dia betul2 tak kisah.
pakai motor ke, beskal ke, jalan kaki ke tu sume tak penting.
yang penting nanti same2 la usaha baiki ape yang kurang.

Darkkadabra berkata...

Tapi takpe. Toksah sedey.

Mawar bukan sekuntum.

kecik berkata...

yup yup setuju dgn H.
kalau dia kata tak kisah, memang tak kisah sebenarnya.

tapi, ramai lagi ada kat luar sana. so, senyumlah :)

Danielle_Corleone berkata...

bang juna tumpang lalu.

artsoul berkata...

takpe...ade hikmah semue tu...ok,ape2 pun control tampan tu wajib...

Airinar anastasia berkata...

pdn muka la..sendrik mau igt..haha..i dh boring tggu u..i cr la org lain yg lain seksih..

p/s: dia tu..i kannn??

yoshz berkata...

Mungkin fikrah kamu telah lama dibonsaikan oleh para gelombolan.


Woit. Hentikanlah projek membodohkan orang Melayu.

Kah kah kah.

FAZ berkata...

Amboi amboi amboi (sambil cangkuk jari kelinking)
Nak emo emo kenapa dik?!
Azwan Ali elok je tak khawin sampai sekarang. Tetap malatop gitu!!

ainunL muaiyanah berkata...

kasihannya.
tetapi tidak boleh salahkan sapa-sapa pun kan..

tak apa. carilah perempuan lain. bunga kan berkuntum-kuntum sekarang ini?

hehe

tasekM berkata...

gua tak terkomen.

:p

cimon berkata...

gua tau musti air mate lu da bertakung time dgr bite tu kan?

relax laarr...

lain kali...jgn jual mahal sgat k!

(^v^)

(p/s:nasihat utk diri sendiri)

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

Kesiann dier...tp sometimes, kekecewaan dapat dipendam tapi jiwa yang lara siape tahu.. ehhee

apek terror berkata...

kawen?? boring haha...