Aku sekali lagi menjengah ibu kota. Mencari sekali lagi beberapa buah siri penghidupan. Mencuba nasib. Tapi, belum sanggup memperjudikannya. Hidup ini bukan perjudian(Engkau, kalau aku bagi peluang. Semua kau nak buat duit eh? Tampar kang).
Esok, aku perlu hadiri temuduga bersama sebuah firma kewangan di PJ. Kali ini aku takkan bersikap choosy seperti yang lepas-lepas. Request itu ini. Banyak songeh. Aku kena telan. Biar pahit. Apa sahaja yang diberikan. Penawar. Mana ada yang manis? Bab angka. Kiraan. Itu nanti dulu.
Minggu depan. Sekali lagi. Sesi uji kemampuan dan temuduga. Untuk menjadi calon tenaga pengajar di sebuah sekolah anak-anak pintar berbangsa melayu (aku sendiri tak pintar macam mana ni? Ha ha ha). Persediaan telah aku persiapkan berminggu-minggu yang lalu. Aku letih. Hingga kadangkala menimbulkan beberapa siri perselisihan faham dengan mak. Aku melepaskan satu peluang lain yang datang bergolek secara tiba-tiba. Gara-gara ingin mencuba nasib menjadi pendidik. Aku sekadar ingin melihat kemampuan aku dalam sesi temuduga kali ini. Ingin lihat sendiri titik peluh usaha aku.
Mungkin mak sudah terlalu jelak melihat kekutuan aku. Ke sana ke mari. Bergelak tawa. Bergelendangan. Tidak seperti riak wajah seorang yang berpendidikan. Dari dulu, sampai sekarang. Inilah cara aku. Aku tak peduli.
Tapi aku nekad. Aku buat apa yang aku minat. Apa yang aku ingin cuba. Mungkin apa yang pernah aku cari selama ini. Setelah beberapa tahun aku tak menetapkan langsung arah tuju hidup aku. Aku langgar. Aku redah. Aku hanya ikut gerak hati.
Andai tak ada rezeki. Itu takdir. Yang penting aku berusaha, untuk ini yang kali kedua. Kadang-kadang orang tua susah nak faham apa yang kita perjuangkan. Perlu kita akui. Situasi dahulu dan kini amat berbeza. Kematangan fikiran dan pengajaran dari pengalaman-pengalaman yang lepas sama ada dari kawan-kawan, pembacaan atau diri sendiri, banyak mengajar aku erti kesabaran dalam mengharungi kehidupan.
Komunikasi. Itu kunci yang sangat penting dalam kita menerangkan kepada individu yang sentiasa berasa curiga dengan hala kehidupan kita. Selepas bergelen-gelen air liur aku mengalir dan bertegang urat barulah si ibu mengerti.
Kehidupan kita, kita yang tentukan. Moga Tuhan permudahkan segalanya. Aku ikhlas.

16 ulasan:
bro,
best of luck:-)
sila kurangkan bilangan penganggur di melesia
Gua akan tlg lu mana yg gua mampu. Khamis malam kita settlekan apa yg patut utk interview lu. :-)
Salam menyinggah..
Good luck bro..kalau lu betul2 nak berjuang..pi join pejuang taliban la...muahahahhaha
kalau anda selamat di hutan...tapi anda tk tentu selamat hdup di K.L
semoga tuhan mempermudah urusan temuduga ko...buka kan hati si penemuduga tu untuk menerima ko yer...khabarkan berita gembira ya...insyallah...
aku sokong danielle tp sebelum 2 kita karaoke dlu kat sane aku ajar ko cara2 mgajar bdak2 pintar 2.
bro,
nk jd cikgu MRSM ker?
hahaha...
gua ada kabel besar sana!!!
gua pernah ada dalam kasut lu ini. yg penting kata hati yang pertama itu harus diikut.
ah lupa. sapa bocor rahsia aku weh???
good luck man.
hidup memang bukan perjudian. hidup sebenarnya macam tayar. kadang2 pancit. haih.
jadi kalau nak selamat jadi tayar keretapi!
Kadang tayar ketapi pun pancit jugak bang Min..
Pilihan kita yang buat,tapi kalau silap jangan sesekali menunding jari pada sesiapa..Gud luck.
Jgn dowh. Itu diorang suruh kau jadi salesman tu. Jual kek la apa jadah.
ekonomi tak menentu skg ni bro, baik sambar je apa peluang depan mata.dah ada experience, ada je head hunter yg akan carik kau nanti.bukan nak potong kepala lah, offer keje dgn gaji masyukkkk...
azie-sedang mencari jawatan kosong sebagai vokalis kumpulan paling jambu di mesia!
danielle-terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku dari 04 hingga kini.
umie-ron mister taliban talib is banana..jalan-jalan cari pasal!
pemikiran lapuk-sudah terlalu lali dengan kedua2 situasi. pahit maung sudah dihidu.
chukiesd-terima kasih dengan doa kamu. amin.
tempe-cakap banyak. itu ari aku ajak, goyang!
king-kalau ada, appallagas?!!!! cargas! ha ha ha
rambo-ahah, situasi yang sama. aku tak stress pun.
tak ada sapa. aku find out sendiri. itu ari ko letak gambo. kwn aku ada simpan gambo show band ko masa kat larkin jaya tahun 2001.
rahimin-aku tak nak jadi tayar michelin. bulat-bulat. gempal!
qaseh-betul2! *lompat bintang*
yosh-kalau buat sales jangan harap aku nak datang. kalau datang pun, aku sekadar nak salam dengan amoi2 je.
sukabebel-nasihat yang berguna. terima kasih. terima kasih juga kepada para pemimpin nasional kita.giler ah ding dong power. terus rasa nak mengundi tahun depan!!!!!!!!!!!!!!!!!!
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
hahaha. cilakak. sweet surrender beb itu jam. rabak baik punya. hahaha
semoga berjaya !!
AMIN (^v^)
Catat Ulasan