Rabu, 5 November 2008

Pandang ke belakang sekejap. Tak salah kan?

I.

Dalam siri-siri gigs yang pernah aku hadiri sepanjang tahun 2008, gig The Ressurection di MCPA Hall, Maharajalela adalah gig yang terbaik dari segi pilihan band dan kualiti bunyi. Segalanya aku rasa amat terkawal. Tak banyak membuang masa. Boleh kata semua on time. Memang menarik. Nampak semua kugiran benar-benar bersedia. Kecuali seorang brader yang tinggal berhampiran blok rumah aku terlalu daring. Pakai jubah hitam, bercelak, berkuku hitam. Ini kalau kena raid, sia-sia kehidupan.

Aku pergi ke gig tersebut dengan seorang kenalan dari Muar. Kebetulan mempunyai kecenderungan muzik yang sama. Lagu kegemaran kitorang jamm tak ada lain. Perjanjian Syaitan dari Dark Nirrajim. Er..bukan Hazim ye. Haru biru sebentar suasana studio kolej kediaman bila kami menguasai studio berkenaan. Walaupun kitorang tak ingat sangat part dan banyak gila silap. Kami maintain poyo macam metal kental.

Salah satu tarikan utama adalah kerana senarai kugiran itu sendiri. Kebanyakannya adalah kugiran di mana aku mula-mula kenal dengan muzik keras. Suffercation, Silkhannaz dan Necrotic Chaos misalnya. Adalah kugiran yang mampu mengimbau kembali zaman aku ketika menginjak remaja.

II.

Aku dulu tak macam kawan-kawan aku yang lain. Boleh kata di zaman itu semua orang dah mula ada komputer. Semua gasak duduk rumah main komputer yang ada game Doom. Siak. Hapebenda entah. Aku tak tau main. Aku tengok je. Sampai pening kepala.

Sebenarnya dulu jangankan komputer, game tape pun aku tak pernah ada. Aku ada Brick Game je. Itu pun hadiah aku periksa dapat nombor dua. Aku dari dulu hanya mengisi masa petang aku dengan merayau-rayau atau lepak di warung kawan aku yang tak bersekolah. Mak bapak aku risau habis. Jiran aku pulak rata-rata terdiri dari kaum hawa. Ini menyebabkan tumbesaran otak aku macam terencat sikit. Gila bosan. Tak ada aktiviti. Aku tak tau memancing. Tak terer main bola. Hapebenda entah aku ni.

Bila tak ada aktiviti, duit belanja sekolah aku pun tak banyak luak. Bila tak banyak luak, aku buat beli kaset.

Pada mulanya aku bukan tau pun metal ka, hardcore ka, apa ka. Tak ada orang pengaruh aku pun. Sorang-sorang syok sendiri. Pakai sauk beli je. Dulu aku suka jugak baca komik. Gambar cantik-cantik. Macam cover kaset band metal dulu-dulu jugak. Banyak lukisan yang cantik-cantik. Atau yang ala ganas-ganas.

Cover dah cantik. Isi dia macam mana? Ehm. Kasi try. Ok gak. Kat radio tak ada main lagu-lagu macam ni. Ok apa. Kalau aku menteri penerangan aku lepas je lagu-lagu macam ni. Jadj aku terus membesar dengan muzik sebegini. Tapi macam-macam jenislah yang aku cuba. Petang-petang tak ada kerja lain. Duduk dalam bilik. Pasang muzik. Baca zine beli pakai pos. Nak beli kat gigs? Jarang sekali. Kalau pergi pun sorang-sorang. Itu pun setelah dihasut oleh seekor dua abang metal Ayer Hitam yang aku dah lost contact hari ini. Dah besar sikit barulah aku pandai cari kawan sekepala. Itu pun pasal aku tuisyen di bandar. Jadi, selalulah aku melepak di spot-spot budak-budak perasan kental ni. Ha ha. Itu pun berapa kerat je aku kenal. Aku pemalu. Kadang-kadang jambu jugak. Keh keh keh.

Sekarang dah tak kisah lah. Dengar je apa yang ada. Bukan semua benda-benda macam ni tak elok. Mak aku pun dah tak tau nak cakap apa. Dulu, mak aku memang tak kering air mata. Risau betul dia dengan aku. Lain dari anak-anak saudara dan jiran-jiran. Jangan risau Mak, aku ok. Asalkan aku boleh menilai mana yang baik dan buruk untuk aku, itu sudah memadai. Eh, aku jadi orang juga apa sekarang kan?

Dah, jangan nak emo pulak. Aku nak print resume. Esok ada temuduga dengan jabatan kerajaan. Bai. Cubit kang!



18 ulasan:

l.i.f.e berkata...

selamat berjaya untuk kamu. wahhhh, kalau dapat kerja kerajaan, penuh tatasusila lah kamu ye

Yana Ismail berkata...

huhu..slmt bertemuduga;)

bang juna boleh!!:)

Rahimin Idris berkata...

aku ada lagi simpan zine aedes #6 rasanya. gambor tengkorak depan.
masa tu napalm death tengah hot dengan 'scum'. tak pasal2 aku terminat dengan terrorizer, bolt thrower, tah apa kejadah lagi.
padahal aku suka sepultura.

tapi masa tu tak kisah. united we stand together we slam kata budak2 underground. dengar amelina je kena boo. apahal? padahal akar muzik tu sama je asalnya. do re mi fa so la ti do.

ada kaset rhoma irama tak bang juna?

Rajuna berkata...

life-sebelum ni pun kerja dengan jabatan kerajaan jugak. tetap HAMPAS!!!-"engkau terlalu funky kat sini."-kata budak singh kt kementerian dot dot dot.

liyana-hiyaaaaaaaaarghhhh *tunjuk muscle*


rahimin-aku tak dapat la baca aedes. zaman aku bukan zaman ko. gila lama siak. ko brader awal2.aku ni budak2 berhingus je.ikut sempat je. berkecamuk otak. hahaha.
kalau ko nak dangdut2 rare aku rasa pc kat rumah sewa ada banyak. made in indonesia. apa kata dorang, dangdut koplo, apa kan? jangan main2.dangdut punya bass line susah. kalau ko tengok kat youtube drummer dia boleh sekali main dengan tabla. power tak power la kan? Danielle corleon suka lagu Si Jali-Jali.

Danielle_Corleone berkata...

ya gua suka si Jali-Jali! lagu erotik! hahahahaha!

Rembo berkata...

goodluck.
agak2 marah je. sila dendangkan bait2 N.E.T secara siulan kecil.

apek terror berkata...

oh nie yg keje puja setan tu ker?

FAZ berkata...

gua layan spoon, budak-kaca-mata, scoin, umbrella, dan yang sewaktu dengannya...jambu x?

King berkata...

sila cari si dia yg memakai nametag ZARINA esok..

ckp KING kim slm!!!

good luck bro........

poyotito berkata...

peh menatang brick game masa baru beli boleh bawak kelahi adik beradik tu..

yoshz berkata...

aku suka power metal.cover kaset dia cantik2 jugak.

Rajuna berkata...

rambu-ha ha ha..depress sepam!


daniel-lu memang gatal

apek-dalam bulatan bintang terbalek!


xfazx-syial...jum times square kalau berani..satu lagu seringgit?!

yosh-tau ke porn grind? lawa tak cover dia? ha ha

King-psst king. aku punya turn kat MARA minggu dpn la!

poyotitos-peh betul la. aku ingat nak bubuh tali kasi gantung kat leher macam henset masa tu...

azie berkata...

nanti dah dapat kerja, jgn lupa belanja ai,kih kih kih

Rajuna berkata...

azie-bzzt..bzzztttt..hello? hello? tak clear la..hello? bzzrrr..he he he

Rembo berkata...

opo lah bocah cilik iki. keluyuran wae!!

cimon berkata...

ooo...

camne interview td?

best?terus tido pas balik intrvw...

...

xam aku td best bangat...

Hehehe (^v^)

b3nz berkata...

interview gomen? tgh musim cikgu MARA, lg apetah. good luck! sy dah merajuk dgn kerajaan taun ni.
taun depan baru ambik exam smula. huhuhu...

nk install makcik cinonet tu leh baca kt link ni...
http://n3sl0.blogspot.com/search/label/Emoticon

kena donlod add ons.senang refer situ je la yer..nk terangkn detail idak ler terer. huhuhu

:)

hegira berkata...

aku pun ada kumpul zine. tapi tak abes baca lagi. sesetengah zine tu sampai naik berkerut nak baca.

gig pun jarang aku folo. walaupun aku penah manage satu band hardcore dulu. aku sesak nafas kalau orang ramai.