Ahad, 30 November 2008

Kisah sehari di Ipoh dan sedikit huraian dari kesimpulan rutin harian




Macam aku cakap. Selagi engkau kawan aku, selagi itu kalau ada kesempatan aku akan cari engkau yang cuba melarikan diri. Macam Hidayat. Yang tiba-tiba hilang dari Kuala Lumpur. Jangan ingat aku tak akan sampai Ipoh. Walaupun dalam keadaan tiada punca sara diri yang stabil, itu semua tak jadi halangan.


Perjalanan ke Ipoh tidak terasa lama bila dihiasi gelak tawa teman-teman. Kadangkala, hujan menyerikan lagi perjalanan selama 3 jam itu. Ini adalah kali pertama aku ke Ipoh menyaksikan beberapa aksi kugiran dari Kuala Lumpur, Kajang dan sekitar Perak.


Layanan mesra dari rakan-rakan di Ipoh memang aku tak akan lupakan. Tetapi apa yang lebih tak dapat aku lupakan adalah bilangan golongan 'manusia dua alam pencari rezeki haram' yang ramai di Ipoh dapat dilihat semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Pusing sana ada. Pusing sini ada. Paling aku tak tahan apabila ada seorang dari mereka dengan muka tak bersalah menyelak skirt mereka lalu ditunjukkan isinya kepada rombongan kami. Lu gila apa kalau gua tak terlopong?! Ini aksi ekstrim, ok? Tetapi sekadar melihat, tak salah kan? Melainkan seorang brader cina dari ahli rombongan Kuala Lumpur yang selamba sekadar bertanya. RM50 sekali cas, beb. Ha ha ha.


Namun, sayang sekali. Kamera DSLR Amirul habis bateri. Ini semua gara-gara Farhan. yang suka snap gambar bukan-bukan. Ini menyebabkan aku sangat marah-marah manis. Macam mana aku update gambar kat Myspace nanti? Oh, dem. Nggrr..


Sesekali berkumpul dengan rakan-rakan memang banyak yang disembangkan. Bukan hanya isu muzik atau etika. Malah melewati kisah-kisah kehidupan. Berada dalam lingkungan set sosial yang mempunyai corak pemikiran yang hampir sama, sememangnya memberikan semacam inspirasi dalam kehidupan aku. Kalau boleh, aku ingin terus begini. Bersama terus rakan-rakan. Tapi, harus kita sedari. Kita punya tanggungjawab untuk diselesaikan. Terutama terhadap individu-individu yang telah lama menanggung, mengasuh, menyokong dan berjasa kepada diri kita. Aku tahu, ramai berpendapat pada usia sebegini aku tak harus melakukan rutin kehidupan remaja aku.


Ramai yang juga berpendapat. Di usia sebegini aku sudah harus mempunyai karier yang bagus, mempunyai kereta nasional atau sudah berkira-kira untuk berumah tangga seperti mana rakan-rakan aku di kampung. Mulut tempayan boleh ditutup, tapi adakah mulut manusia boleh disepak? Tentu tidak. Tak faham-faham? Aku belum ada rezeki lah bodoh! Aku dah malas nak jadi kuli-kuli batak handalan ni, celaka. Fak!


Bulan depan ada budak kelas aku kahwin lagi. Aku nak menyorok. Jangan cakap siapa-siapa aku kat kampung pulak, tau? Aku malas pergi kenduri kahwin. Nanti kawan-kawan aku paksa aku pergi kenduri. Aku segan. Sebab aku kuat makan. Itu je sebabnya. Percaya lah, pleaaaasee?


(p/s: Terima kasih kepada mereka yang sudi menghabiskan masa, melayan karenah, menjawab soalan dan mendengar masalah aku Sabtu lepas. Terima kasih)

Jumaat, 28 November 2008

Kita Adalah Abang-Abang Darah(terjemahan terus dari Bahasa Inggeris)

Seorang senior aku. Pernah menyatakan bahawa. Ada segelintir individu di sekeliling yang sentiasa memandang rendah terhadap diri kita sekiranya kita tak mempunyai 'sesuatu' dan menjadi 'seseorang'. Betapa peritnya aku lihat dia menterjemahkan rasa tersisihnya itu. Are we need to be somebody to be accepted? Tak perlu. Kita buat apa sahaja yang dirasakan perlu. Itu sudah memadai. Untuk diterima, seharusnya ada keikhlasan. Keikhlasan itu pula harus datang terus dari hati.


Buruk. Hodoh. Miskin. Melarat. Kaya. Makan Mekdonel hari-hari. Pakai baju Cheetah. Apa sekalipun. Selagi engkau kawan aku. Selagi aku pernah berhutang budi dengan engkau. Nama engkau tak akan aku padam dalam senarai telefon genggam aku. Aku akan mencari engkau sejauh mana pun engkau lari. Usah ada rasa rendah diri dan malu kalaupun engkau merasakan aku lebih baik dari engkau. Percayalah. Itu semua mengarut.


Kita semua sama sahaja.


Ah, syial. Apa benda aku mengarut ni setan?!

Khamis, 27 November 2008

Lemas Dalam Bayangan Cinta Semalam

Bulan lalu. Di Kuala Lumpur. Limpahan cahaya lampu pentas yang menyambar wajah aku membuatkan titik peluh mula kelihatan di dahi, bawah hidung dan leher. Aku jadi lemas. Jantung bergerak laju. Begitu banyak persoalan bermain di kepala ketika ini. Aku seperti kehilangan tumpuan.


Aku terus memutar-mutarkan punat-punat di perkakasan gitar. Tak dapat. Putar lagi. Tak dapat. Putar lagi. Masih tak dapat. Putar. Petik. Putar. Petik. Putar dan petik. Ya, akhirnya. Inilah bunyian yang aku cari. Sesuatu yang pastinya menjadi identiti kugiran ini sejak 4 tahun lalu.


Aku tunjuk isyarat ibu jari kepada yang lain. Semua mengangguk. Semua berpaling kepada sang pemukul gendang pada petang itu. Untuk memulakan langkah. Hadirin terus menanti dengan penuh setia. Ada yang sekadar berpeluk tubuh. Ada yang kaki sebelahnya telah berpijak di atas pentas yang setengah meter itu. Ada pula yang sudah siap sedia dengan kamera DSLR masing-masing.


Aku faham. Penampilan kami memang ditunggu-tunggu. Memandangkan kami adalah kugiran yang paling sibuk. Jadi, penampilan kali ini amat istimewa. Karim menuntut di universiti tempatan. Osman bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat kewangan. Ismail jurugambar sebuah organisasi antarabangsa. Habib pula sentiasa bertanggungjawab memastikan perusahaan makanan sejuk beku keluarganya berjalan lancar. Aku? Sedang sibuk membuat persiapan untuk pengajian sarjana aku di salah sebuah pusat pengajian di Indonesia bulan hadapan.


Ismail cuba menerangkan apa yang cuba disampaikan dalam lagu pertama kami. Tidak mahu sekadar menjadi kosong tak berisi. Ada sesuatu untuk dikongsi. Politikal, itu sudah pasti. Sebaik sahaja kiraan 1, 2 dan 3 tamat. Alunan mula bergema. Padat. Bergema. Pantas. Garang. Menggila. Baru beberapa saat muzik dialunkan, aksi para hadirin menjadi liar. Ada yang menganggukkan kepala. Ada yang menjulang penumbuk. Ada yang berterbangan melambung-lambung ke kiri dan kanan. Ada pula yang cuba merebut mikrofon Habib. Cahaya dari kamera tak berhenti-henti berkelip. Kadang-kadang mengganggu perhatian aku. Silau. Hura-hara. Tapi, alah bisa tegal biasa. Adat persembahan muzik begini memang mengundang amarah tak bertepi.


Ismail kelihatan bersungguh-sungguh meluahkan isi hatinya. Tiada satu butir perkataan yang dilaungkan dapat difahami. Garau. Diselang selikan dengan jeritan halus dari aku yang pada masa yang sama sibuk menumpukan perhatian terhadap permainan gitar aku. Begitu juga dengan yang lain. Kosentrasi. Harus tinggi untuk muzik sebegini.


Untuk persembahan seperti ini. Tenaga harus dikerah sepenuhnya. Jika tidak, muzik jadi kosong tak berjiwa. Penghayatan harus seiring dengan apa yang cuba disampaikan. Untuk itu, aku sekadar menghayun gitar aku ke atas dan ke bawah mengikut rentak. Apa yang pasti, aku tak pernah lekang dari turut mengibas rambut separas bahu aku ke hadapan dan kebelakang. Terhangguk-hangguk. Asyik.


Dalam kehanyutan irama. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan telinga aku. Bagai ditarik-tarik. Aku pandang ke kotak muzik yang mengeluarkan irama gitar aku. Semua ok. Tapi, ah…telinga aku bagaikan ada sesuatu yang..


“Dah, bangun subuh…dari tadi engkau duduk bersila je? Tak bangun-bangun? Terhangguk-hangguk. Nak berapa kali mak kejut? Apa nak jadi kau ni? Dah tua-tua pun sembahyang subuh pun nak kena orang gerak? Pemalas. Macam gini ada hati nak jadi calon suami mithali? Jangan harap!”



“Sakit lah mak. Boleh kejut orang elok-elok tak? Jangan tarik telinga orang boleh? Sakit tau tak?”



Ketika itu, hati aku mula berbunga. Tersenyum walaupun dipiat telinga oleh mak aku. Syok jugak jadi gitaris ni, ramai orang tangkap gambar. Kan? Lepas tu mesti aku dapat tawaran jadi model iklan. Lepas tu pulak mesti aku dapat tawaran berlakon drama. Lepas tu dapat main filem. Lepas tu dapat berkenalan dengan model-model hot. Lepas tu boleh lepak sama-sama. Lepas tu timbul gosip. Lepas tu pulak dapat bergambar dalam kolam renang kat majalah Mempelam. Lepas tu.. Eh, kejap.



Aku

tak

tahu

main

gitar

douh....

l. o. s. e. r/hakikat

Selasa, 25 November 2008

I Suka Gurau, You (dis is pang rok)

Pang!

"Aduh. Apa you ni?" dia kehairanan. Aku geram dengan pipi gebunya. Sungguh. Apa salahnya aku sentuh sedikit?

"I gurau."

"Oh.. I ingat kenapa tadi."

Macam tu la hidup masa berpasangan. Kena lempang pun tak apa. Semua-semua best. Hingga satu hari aku nampak dia berbonceng dengan kawan aku.

Pang!

Pang!

Pang!

"You gurau kan?" air mata dia meleleh.

Jumaat, 21 November 2008

Pam Juna, Pam Sampai Mampat!

Lin tersengih-sengih. Tersenyum simpul. Kalau diibarat senyum itu seperti mee siam murah, pasti susah nak ditelan. Terlalu keras dan seolah berpintal-pintal di tekak. Seperti senyumannya juga yang tak lekang dari wajah licin itu. Sukar untuk aku hadam ke dalam jiwa. Macam tak ikhlas bentuknya. Namun dia tetap tenang. Memandang wajah aku. Seperti menatap poster artis lelaki yang merangsang nafsu wanitanya. Bila sampai bab begini. Biasanya perempuan yang tak tentu arah. Ini sudah terbalik. Aku yang tak tentu hala. Menggelabah. Gelojoh. Mahu cepat habis cerita. Berpeluh-peluh. Jantung berdenyut laju.



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Huff. Huff. Huff.



Terkangkang-kangkang dibuatnya. Nafas sudah tak tentu arah. Tapi aku yakin dan pasti. Aku tidak pernah dijangkiti asma sepanjang hidup aku. Lin masih tenang. Masih tersenyum melihat telatah aku. Mungkin aku terlalu buas di matanya.



Ya. Memang sudah lama aku tak begini. Satu sudut kehidupan yang telah lama aku tinggalkan. Kini aku kembali melakukannya bila di kampung. Setelah bertahun-aku tenggelam dalam ghairah arus kemodenan kapitalisme kota raya. Tapi aku mulai sedar. Ilmu bukan untuk kekayaan. Cih!



Aku sudah tak peduli. Aku rasa Lin sudah terpaut hati pada aku. Kalau tidak, masakan dia serahkan semua ini kepada aku. Ah, ini mungkin sekadar cetusan naluri lelaki aku. Mungkin juga Lin sekadar ingin menduga iman aku. Aku akui. Sukar mata aku untuk menolak untuk melirik sekujur tubuh yang seksi itu. Auw. Auw. Ih.. Ih..Ih..Akukah makhluk Tuhan….ah, aku sudah mengarut! Menyanyi lah pulak. Ini dah bahaya. Tumpukan perhatian Juna…!



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Semua untuk Lin. Segalanya! Tapi sayang, engkau sudah bertunang. Arghhh..Ini sebenarnya adalah suatu bentuk tekanan kepada diri aku untuk meneruskan niat aku yang entahkan baik entahkan buruk ini. Aku keliru.



Nah. Saatnya telah tiba.Aku letih. Sudah tak tertahan lagi. Aku harus melepaskan bebanan ini. Aku rasa ia sudah dikemuncaknya. Cukup untuk kali ini. Wajah Lin seakan bertambah ceria. Cis. Dasar perempuan. Aku tamatkan di sini. Aku berjanji tak akan buat lagi. Taubat. Stamina sudah kurang. Mungkin aku sudah tua. Lalu, aku titipkan kata kepada Lin.



“Okeh siap Mem. Dah keras dah tayar tu. Lin, bila nak keluar tu pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang mencukupi. Pastikan juga bunga tayar dalam keadaan yang baik. Ukur dulu dengan wang syiling dua puluh sen ya? Taklah bocor nanti. Nasib baik pancit depan rumah aku. Tengok, sekarang siapa jadi mangsa? Aku jugak. Tak tolong pam tayar basikal engkau karang, mak aku bising pulak. Sekarang aku dah letih mengepam tayar basikal kau. Belikan aku ais krim kacang merah bila sampai di baruh nanti ya?” aku memberikan nasihat ala-ala pakar tayar sambil mengelap peluh jantan di dahi yang kemerah-merah jambuan ini.



“Ok, bos!” Lin terus berlalu mengayuh basikal mendaki bukitnya lengkap dengan pakaian sukan meninggalkan aku di beranda rumah termengah-mengah. Peh, baik punya view dari belakang keh keh keh. Aku kemaskan pam tayar manual itu dan simpan di bawah katil. Kalau lah aku mampu membeli sebuah mesin pam tayar macam di kedai motor tu suatu hari nanti…….

Khamis, 20 November 2008

Rumah Terbakar Nampak Asap, Hati Sejuk Nampak Salju

Minggu lalu aku bermalam di rumah rakan lama aku. Rakan yang pernah duduk di sebelah aku sewaktu tingkatan 6 atas. Rakan yang pernah mengherdik bekas teman wanita aku. Rakan yang dulunya tak mahu jadi skuad Tok Misai dan akhirnya dia kini menjadi Tok Misai di ibu kota.


Dulu aku pernah cuba menjauhinya. Kerana semacam ada perasaan curiga kepada dia. Sikapnya seakan berubah suatu ketika mula-mula menjawat jawatan Tok Misai. Aku naik seram. Mana lah tau dia syak aku bukan-bukan. Syak aku ada hubungan dengan Pol Pot ke, Ali Ghufron ke. Tak ke naya namanya tu?


Tapi dia masih macam dulu. Masih ceria. Biarpun banyak sangat kisah luka dia dan teman-teman wanitanya. Yang mana ada diantaranya juga pernah ada dalam list ganggu-gugat aku sewaktu ketika dulu. Aku lihat dia semakin matang dalam membuat keputusan. Bukan macam dulu. Duit biasiswa, dibuatnya membeli radio mini hi-fi. Akhir semesta, duit tinggal seposen. Nasib baik aku ada tinggalkan sikit duit. Aku buat beli tali pinggang besi. Peduli lah mak aku membebel. STPM dah habis. Time ni lah tunjuk belang abang-abang. Baru nampak emo hardcore kental (musim time tu, ceh!) sangkut kunci banyak-banyak kat celah tempat tali pinggang. Tali pinggang tu masih pakai sampai hari ni. Kadang-kadang malu jugak. Mat rempit pun dah pakai sekarang ni. Cis!


Aku ditinggalkan beberapa jam di rumahnya. Dia keluar menjalankan tanggungjawab. Tahu sajalah Tok Misai. Kerja ada shift. Aku menghabiskan masa dengan membaca buku-buku yang aku bawa dari rumah. Keesokan harinya aku ada sesi temuduga dengan sebuah pusat pengajian di Ibu Kota. Mata semakin kelam. Aku sudah muak membaca bahan-bahan ilmiah. Aku mula mengais-ngais zine-zine yang aku baru beli di Rice Cooker. Tak lama kemudian. Dia balik. Dia menyelak langsir bilik. Lihat aku terbaring sambil membaca zine. Aku jeling-jeling jugak dia. Mana tau dia bawak pistol. Boleh jugak aku try-try acu kat cicak. Cuak tak cuak cicak-cicak tu kan? Keh keh keh.


"Kau tak berubah lagi? Masih baca zine?" dia terus membuka uniform kerjanya. Berkata tanpa memandang aku.


"Tak jugak. Cuma aku mesti baca apa-apa sebelum aku tidur. Apa-apalah yang tercapai depan mata. Tenang sikit bila nak tidur nanti," jelas aku.


Dia menyelongkar almarinya, "nah, ambillah..."


Sekeping CD ceramah motivasi keagamaan, "Mencari Ketenangan".


Yay~!

Selasa, 18 November 2008

Bajet Infotainment Presint 7 Sentral Desa Wawasan

Berada di dalam negara kebajikan seperti yang aku pijak sekarang ni, menyebabkan aku rasa berhangtuah. Aku suka memandu kereta tanpa hala tujuan seorang diri. Maklumlah, bila memandu di malam hari hingga awal pagi lalu melewati tol, dapat diskaun seposen. Bapak ah. Sewaktu mendapat berita itu terus sujud ke hadrat Ilahi. Ya Allah, aku bersyukur. Walaubagaimana pun, aku jarang memandu kereta biarpun dipelawa ajak-ajak ayam oleh bapak aku yang mengesyaki aku ada hubungan istimewa dengan Lin.


"Alah, kalau nak ke bando bawak je lah."


Aku malas nak layan sangat.


Biasanya aku akan naik bas. Sebab naik bas bolehlah dikatakan antara 'haiwan' yang paling tak banyak karenah. Ada pemanas udara, pemandu yang suka mencaci penumpang, jadual waktu perjalanan anjal dan macam-macam jenis lagi keistimewaan yang tak terdapat pada kapalterbang. Lagipun bila naik bas boleh sembang-sembang dengan orang yang baru kita kenal. Kenaikan cas tambahan yang dikenakan tak langsung menghalang hobi aku untuk terus menggunakan bas sebagai alat riadah aku. Diorang kata sekejap je. Lepas tu turun balik. Alah, kalau tak turun pun bukan apa sangat pun. Sebab aku tak ada dengar nak turun pun. Rakyat kita ni bagus. Lama-lama nanti bila dah boleh sesuaikan diri dia senyap lah. Aku ni bukan apa. Aku sentiasa menyokong seruan dan langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan. Bak kata pepatah, alang-alang bermain bola sepak, terajang terus kepala bapak kau lah. Ha, macam mana tu? Entah dek, akak pun tak tau la lahanat.


Tetapi bila di kampung aku suka naik basikal. Basikal nenek aku atau basikal Nurul akan jadi mangsa. Aku tak boleh duduk diam bila waktu pagi di kampung. Aku suka bersenam sambil cari surat khabar. Apa lagi kalau tak Hutusan Melaya-ak-aw. Ini punya akhbar memang best dan terbaik. Memang betul-betul satu wadah perjuangan lah.


Muka surat satu-perjuangan bangsa. Muka surat dua-perjuangan bangsa. Muka surat tiga-orang yang tak sama pendapat dengan pemimpin adalah bodoh. Muka surat empat-bangsa lain macam jahat je? Muka surat enam ribu empat belas ratus-politik politik politik politik politik. Oklah tu. Iklan kerja tak payah ada sangat. Tak penting. Yang penting perjuangan bangsa la sangat ini perlu diteruskan hingga tegang urat merih. Budak-budak ni tau la dia usaha sendiri. Internet kan ada. Yang duduk kampung tak ada internet, nasib la. Siapa suruh bapak kau tak belajar betul-betul? Apa orang susah? Sia-sia pak-pak songkok hitam susun strategi untuk you all, bertahun-tahun tau supaya you all maju. Look, apa dah jadi? You jangan cakap hidup susah. Sekarang semua orang-orang kita sudah senang. You je lambat. Slow. Macam siput londang! Bangaaaaaaaaaaaaaaaaaang!!! HO HO HO meri kismes. Ni, harga sawit dah turun. Ha..macam mana tu? Hayoh tak tau mak balik bawak kayu tersepak bontot lembu! Makan rumput la oi.. Oi.. Dengar tak? Siapa suruh beranak banyak-banyak? Tak tau guna alat pencegah kehamilan? Ha? Ha? Ngrr!


Lepas cari sarapan dan belek-belek akhbar kegemaran biasanya aku terus balik melewati makcik-makcik yang sedang sapu sampah dan borak secara jemaah. Melalui gerak tutur mulut mereka seolah mereka mengatakan,


"Muka hensem tapi naik basikal? Jangan harap aku nak bagi anak dara aku senyum dengan budak Juna ni bila dia lalu depan rumah aku. Hapebenda entah dia buat kat unibesti. Kerja pun tak ada. Apa nak jadi entah."


"Makcik, tau ke mana nak cari borang untuk jadi ahli pemuda parti politik Dot Det Dut tu?"- Kalau begini caranya, aku harus menceburkan diri dalam politik berhaluan kanan demi kemadirian diri, keluarga masyarakat, bangsa. Oh, ye ye. Agama sekali. Apa pakcik cakap dan buat akan saya ikut je hi hi hi hi hiburan minggu ini!

Melodi sokongan untuk entri ini ;
XbravefuckingheartX - sehat untuk semua umur

Isnin, 17 November 2008

Boleh aku letak tajuk kali ini ' Hunting For Bitches' ?


Macam anak-anak muda lain. Hari minggu paling ditunggu. Bukan siang hari minggu. Tetapi malam. Sibuk berparti. Sibuk berseronok. Tapi untuk orang macam aku. Kita kena seronok hari-hari. Kalau boleh sampai muntah. Rebah. Esok. Bangun pagi. Dah segar. Seperti minggu lepas. Aku juga berparti. Tetapi bukan di hari minggu. Bila mahu berseronok. Sepatutnya tiada batas. Langgar.


Cimon.

Sekarang aku cerita kat engkau. Apa aku buat malam minggu lepas. Ya. Seperti hint yang aku bagitahu engkau. Ia berkait dengan perempuan dan Damansara. Kau kena sedar realiti di Kuala Lumpur. Kadang-kadang kau tak perlu duit dan rupa yang terlalu maskulin untuk memikat gadis hedonis berskirt mini dan spaghetti strap. Raut wajah neo-remaja macam aku pun dah okey. Kau hanya perlu ada 70 peratus gaya dan 400 peratus keyakinan melampau. Aku tak tau apa yang menyebabkan aku terlampau berani minggu lepas.


Sebelum mengheret tubuh genit itu ke kawasan yang lebih privasi. Sebelum dihiasi muzik elektro. Sebelum berpinar dengan lampu-lampu kelap-kelip menyilaukan. Dan sebelum aku dan dia yang dalam kenikmatan gelap. Atau sebelum hanyut dalam intoksikasi.


Aku mulakannya dengan senyuman. Sapaan. Mungkin sentuhan kecil seperti bersalaman. Itu semua biasa aku lakukan di kawasan awam. Ini dilanjutkan dengan perbualan-perbualan common. Seperti dah makan? Dah minum? Sekarang pukul berapa? Kerja ke? Awak nak gi mane nie? Sorang je ke? Boipren mane? Dan aku cakap kau. Ini adalah ayat ukuran keterampilan engkau pada malam itu. Ayat itu adalah seperti berikut;


"Awak, bley mintak nombor tepon?" Aku yakin kali ini. Cukup yakin. Setelah terperap dalam sesi temubual panjang dengan si gadis.


"Awak bagi awak punye dulu. Nanti kite miskol."


Dan aku tahu. Kalau begini caranya. Sampai kiamat pun dia tak akan call aku. Binatang. Binatang. Binatang. Binatang. Binatang. Binataaaaaaaaaaaaaaaaang.


Malam minggu lalu. Aku sekadar menghirup teh tarik di Damansara. Tak hip langsung!

Jumaat, 14 November 2008

Bara Membara Terbakar Jiwa Merah Menyala

I.
"Mulakan hari kamu dengan senyuman, =)"-Perempuan Beruk

Bapak kau lah. Pergi senyum dengan bapak kau dulu, baru kau suruh aku senyum. Pukimak haram. Jangan harap aku nak balas mesej kau. Pergi mampus. Aku tak ada masa nak senyum. Aku penat. Dah beberapa minggu aku tidur tak cukup. Amarah melampau dengan pelbagai tekanan. Aku mahu berehat. Pergi cari lelaki lain yang sanggup melayan perangai gedik engkau semata-mata untuk sekujur tubuh kering engkau itu.

Binatang.


II.
Perangai paling laknat adalah mengeluarkan borang jawatan kosong untuk posisi yang sama dua atau tiga kali setahun.

Bila berbondong-bondong kutu seperti aku hantar borang dan menghabiskan beringgit untuk fotostat sijil, namun haram tiada jawapan. Malah, beberapa bulan kemudian keluar lagi tawaran permohonan jawatan yang yang sama.

Ini sangat keji. Bapak kau meletup, cilaka! Kau ingat aku mampu beli mesin fotostat sendiri? Bapak kau.


III.
Cuti sekolah memang dikenali sebagai musim yang paling elok untuk mengawan. Hakikatnya, aku tak pernah lagi hadir mana-mana undangan majlis meraikan acara mengawan kawan-kawan aku.

Aku ada dengar beberapa orang kawan aku akan melangsungkan majlis mengawan minggu depan. Ada pula yang menghantar sms minta alamat aku semata-mata nak hantar kad undangan. Jadi, aku menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat perlindungan untuk sementara waktu.

Aku rasa perkara ini bukan sesuatu yang menarik perhatian aku. Aku terikat dengan beberapa komitmen. Menghadiri beberapa pesta-pesta muzik di sini. Adalah lebih menyeronokkan melihat gerombolan manusia hanyut terhoyong hayang dalam kenikmatan dunia dari melihat dua beruk duduk diam di atas pelamin.

Sebenarnya, aku malas nak jumpa para hadirin yang terdiri dari mereka yang pernah duduk di sebelah aku sewaktu di sekolah dulu. Mereka yang kuat tidur. Mereka yang lembab. Mereka yang malas buat kerja rumah. Mereka yang selalu tiru kerja rumah aku. Sekarang mereka sudah berbangga dengan pasangan mengawan mereka dan mungkin ada yang bakal mengawan secara sah beberapa bulan/tahun mendatang lagi.

Biasanya, mereka akan bertanya kepada aku, "Kau masih macam dulu? Bila nak berubah?"

Fak yuh.

Rabu, 12 November 2008

pang ping pong

"Kamu pernah dengar kes di mana seorang guru ditahan kerana berkelakuan tak senonoh di Bachok, Kelantan?"

"Ya."

"Pada pendapat kamu, mengapa ini terjadi?"

"Jika dipandang pada sudut moral, ia bermula dari rumah. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anaknya. Kesilapan lalu sebenarnya membawa kesan ke atas ketidak seimbangan terhadap pembentukan anak-anak. Tapi, pada pendapat saya perkara ini terus merebak kerana kurangnya sokongan masyarakat. Cemuhan. Sindiran. Makian. Peminggiran. Menyebabkan golongan ini terus dengan dunianya. Bagi beragama Islam sudah tentu menjadi tanggungjawab bagi mereka yang berkenaan membawa golongan ini ke jalan yang benar."


"Apa pun pendapat kamu. Saya menganggap kamu lelaki lembut. Hair style kamu. Pakaian kamu. Cara kamu. Pembawakan kamu. Kami memerlukan seseorang yang boleh membentuk masyarakat yang baik. Contoh yang baik. Teladan yang baik. Kamu lelaki lembut."

"Saya lelaki sejati. Serius. Sila lihat resume dan sijil-sijil saya. Rujuk kepada aktiviti saya. Mana mungkin mak nyah main dram untuk sebuah kugiran di mana-mana festival seni? Mana mungkin mak nyah menyertai aktiviti kadet berpangkat koperal?"

"Apa-apa lah. Lain kali, kamu kena ubah penampilan kamu."

Ini adalah sedutan perbualan di sebuah institusi pengajian di ibu negara. Telah diubah sedikit untuk meredakan situasi marah. Ini kali pertama aku dilabelkan lelaki lembut secara terbuka.
Sebelum keluar, aku sempat memandang ke arah penemu duga.

"Kalau lu, berani kita jumpa di KL bulan depan. One by one. Kita tengok siapa jantan. Lu tengok video ni dulu. Sebab band ini mau datang bulan depan. See you in mosh pitt bebeh. Siap lu!" Aku cakap sambil tunjuk dua jari di leher.

Bedebam. Aku hempas pintu.

Killing Me Inside (Indonesia)

Ahad, 9 November 2008

Tangan Yang Memukul Dram bisa Memperasap Dapur

Kau dari dulu lagi aku dah perasan. Cakap lebih. Aku macam nak menampar je. Tapi tak apa. Aku relaks. Tengok dari jauh. Bab berfalsafah kau memang hero. Sampai berbuih menyembur-nyembur air liur. Kau lah paling punk rock. Kau lah paling DIY. Kau lah paling anarki. Kalau paling anti-kapitalis. Sampai sudah, kau cekik makanan segera berjenama. Pakai seluar mahal-mahal. Hisap rokok berstatus penaja.

Tapi, bila sampai bab di dapur kau hanya pandai menganga. Bab berjuang mulut kau macam naga. Sekarang, apa cerita? Kupas bawang pun kau tanya, "macam mana?"


Dah, ke tepi. Kau duduk sana. Tengok tivi. Ini malam aku punya turn. Tunjuk belang. Tunjuk jantan. Bersila lah engkau diam-diam. Tak tau jangan tanya. Sila catat, kalau terlupa. Ini memang resepi baik punya.


Bagi aku dapur. Bagi aku kuali. Bagi aku sudip. Ah, bawak mari semua apa yang kau ada. Cakap banyak penyepak lah jawapannya. Nah, telan!



Ini resepi total tumbuhan. Tiada unsur haiwan. Hasil air tangan aku yang ke-4 sepanjang di Kuala Lumpur. Pak Choi Sos Tiram. Tiada kena mengena dengan budak-budak Ulu Tiram atau mana-mana perusahaan frozen food bumiputera.


*Kredit: Makcik depan rumah kerana memberikan sebungkus tomato penyeri resepi makan malam kali ini.

Sabtu, 8 November 2008

Sisi Glam seorang Blogger-pergh!!!!!!!!!!!

Aku di tag oleh dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan perkembangan Batu pahat secara tak langsung. Endy dan Apek. Secara senyap. Sepi. Sunyi tersendiri. Perlahan-lahan, aku menghalusi setiap butir-butir persoalan yang diketengahkan. Agar tidak memberikan kesan yang mendalam di dalam pembentukan emosi seorang remaja. Ewah!

1. What are you wearing?
t-shirt Makhlok Perosak dan jeans Edwin

2. What did you do last night?
Reading an article by Syed Hussin Ali.

3. Favorite Memory with significant other?
having french kiss with somebaaadehhhh!

4. Last gift received?
Beruang/cawan dari budak rumah (tak ingat)


5. Describe the last picture you were in?
Kat bilik rumah aku. Macam seorang metroseksual yang suka klabing lagu rave syial. Aku tak akan tergamak keluar rumah dengan keadaan begini!

6. Last thing you ate?
Nasi lauk sotong.

7. Last thing you drank?
teh o limau panas.

8. What kind of underwear are you wearing?
Spender Alain Delon sudah..

9. What was your best vacation?
Langkawi. Buat research. 10 hari. Penat dan tak cukup masa nak shopping, ok? Pembentangan, pembentangan dan pembentangan. Survey, survey dan survey! Best. Ngrrr!

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
New Jersey. Macam biasa.

11. What is happening around you?
Entah. Aku rasa budak atas rumah aku ada buat parti liar ni. Gedebak gedebuk dish dish!

12. What is your shoe size?
7

13. Last event you dressed up for?
Ha...er. Temuduga kat Kementerian dot dot dot.

14. What is the most cheap thing you bought?
Mee goreng bersambal tauhu 2o sen (tahun 1993).

15. What is the most expensive thing you have on right now?
Suzuki VS 125 lengkap dengan air brush Tazmanian Devil

16. What is your favorite smell?
bau satay.

17. Is there something you really want to buy right now?
Topi pancing.

18. What are your nicknames?
Arash Mohamad (tak seswai, ok? Tak glam. Call me Andrew!).

19. What are your plans for today?
Buat skrip mengadap penemuduga minggu depan. Bapak nebes!

20. Describe your friendster picture.
So hot, sexy and chicky.

21. Describe your myspace picture.
Emotional rock superstar, pergh.

22. Describe your facebook picture.
Dah delete, ok?

23. What did you do last weekend?
berlatih menekan double-pedal buat sekian kalinya di studio Jimmy (hello, uncle. studio ni takleh tutup ke cermin dia? I rimas bila orang tengok I prektis, ok?).

24. Favorite brand of clothes?
Siruba. Eh, ni bukan jenama spender ke?

25. What is your ringtone?
TWKUA-situational song

Jumaat, 7 November 2008

Hey, hari Jumaat lah!

Aku tak ada masalah dengan Joe. Aku tak adalah masalah Chandru. Aku sorang sahaja melayu dalam set sosial itu. Apa ada hal. Aku memang dididik untuk tak menjadi seorang rasis. Kita memang memerlukan satu sama lain. Hormat-menghormati. Engkau rasis ke? Siapa yang mengajar jadi rasis tu? Boleh aku tau?

Pukul 12. Aku pergi makan tengah hari dengan Joe dan Chandru. Makan di restoran daun pisang. Ok. Tak ada masalah. Halal. Ada pernyataan sijil halal lagi. Pukul 1 petang tepat aku masuk semula ke pejabat. Bos suruh. Sambung semula sesi penerangan kerja aku. Tiba-tiba aku rasa tak selesa. Well, hari Jumaat. Biasa lah panas sikit.

Dah. Cukup setakat ini je. Bai Setended Chatet!

Khamis, 6 November 2008

Analisis Kata Kunci

Aku bukak keyword analysis. Antara keyword yang menyebabkan mereka sampai ke blog kampungan aku adalah seperti berikut;

1. Macam mana nak jadi seksi di depan mata lelaki?
Ha ha ha ha...kesian. Nak aku tunjukkan ke? Ha ha ha ha.. Adeh. Adeh. Hahahaha.. Huwarghhhhh haram!!! Hahahahahahahahaha... Engkau ni biar betul weh? Benda macam ni toksah nak gugel kot? Ya rabbi.. Hahahaha.. Yang berkenaan, sila email aku ya?

2. Sekodeng di bilik persalinan wanita
HAHAHAHAHAHA.. Oi, mat. Orang sekarang mana ada sekodeng-sekodeng. Apa barang sekodeng-sekodeng? Semua orang dah buat video 3gp sendiri. Dah tak heran nak sekodeng-sekodeng ni.

3. Kisah cinta luka
Perghhh.....agak-agak blog ni boleh jadi macam novel Karangkraf tak?

4. Kiah.ism
Mana ko ilang Kiah? Ini ada mamat cari ko ni. Siak, dah ada fans sendiri! Kata nak datang rumah aku masa hari raya? Dush. Bang. Bang!!! *tembak tupai*

5. Harapkan kekasih, kekasih pula menyisir
Tak boleh bla syial. Sapa tau mana nak cari lay-out yang ada 'love' gugur-gugur tu kat mana?

Rabu, 5 November 2008

Pandang ke belakang sekejap. Tak salah kan?

I.

Dalam siri-siri gigs yang pernah aku hadiri sepanjang tahun 2008, gig The Ressurection di MCPA Hall, Maharajalela adalah gig yang terbaik dari segi pilihan band dan kualiti bunyi. Segalanya aku rasa amat terkawal. Tak banyak membuang masa. Boleh kata semua on time. Memang menarik. Nampak semua kugiran benar-benar bersedia. Kecuali seorang brader yang tinggal berhampiran blok rumah aku terlalu daring. Pakai jubah hitam, bercelak, berkuku hitam. Ini kalau kena raid, sia-sia kehidupan.

Aku pergi ke gig tersebut dengan seorang kenalan dari Muar. Kebetulan mempunyai kecenderungan muzik yang sama. Lagu kegemaran kitorang jamm tak ada lain. Perjanjian Syaitan dari Dark Nirrajim. Er..bukan Hazim ye. Haru biru sebentar suasana studio kolej kediaman bila kami menguasai studio berkenaan. Walaupun kitorang tak ingat sangat part dan banyak gila silap. Kami maintain poyo macam metal kental.

Salah satu tarikan utama adalah kerana senarai kugiran itu sendiri. Kebanyakannya adalah kugiran di mana aku mula-mula kenal dengan muzik keras. Suffercation, Silkhannaz dan Necrotic Chaos misalnya. Adalah kugiran yang mampu mengimbau kembali zaman aku ketika menginjak remaja.

II.

Aku dulu tak macam kawan-kawan aku yang lain. Boleh kata di zaman itu semua orang dah mula ada komputer. Semua gasak duduk rumah main komputer yang ada game Doom. Siak. Hapebenda entah. Aku tak tau main. Aku tengok je. Sampai pening kepala.

Sebenarnya dulu jangankan komputer, game tape pun aku tak pernah ada. Aku ada Brick Game je. Itu pun hadiah aku periksa dapat nombor dua. Aku dari dulu hanya mengisi masa petang aku dengan merayau-rayau atau lepak di warung kawan aku yang tak bersekolah. Mak bapak aku risau habis. Jiran aku pulak rata-rata terdiri dari kaum hawa. Ini menyebabkan tumbesaran otak aku macam terencat sikit. Gila bosan. Tak ada aktiviti. Aku tak tau memancing. Tak terer main bola. Hapebenda entah aku ni.

Bila tak ada aktiviti, duit belanja sekolah aku pun tak banyak luak. Bila tak banyak luak, aku buat beli kaset.

Pada mulanya aku bukan tau pun metal ka, hardcore ka, apa ka. Tak ada orang pengaruh aku pun. Sorang-sorang syok sendiri. Pakai sauk beli je. Dulu aku suka jugak baca komik. Gambar cantik-cantik. Macam cover kaset band metal dulu-dulu jugak. Banyak lukisan yang cantik-cantik. Atau yang ala ganas-ganas.

Cover dah cantik. Isi dia macam mana? Ehm. Kasi try. Ok gak. Kat radio tak ada main lagu-lagu macam ni. Ok apa. Kalau aku menteri penerangan aku lepas je lagu-lagu macam ni. Jadj aku terus membesar dengan muzik sebegini. Tapi macam-macam jenislah yang aku cuba. Petang-petang tak ada kerja lain. Duduk dalam bilik. Pasang muzik. Baca zine beli pakai pos. Nak beli kat gigs? Jarang sekali. Kalau pergi pun sorang-sorang. Itu pun setelah dihasut oleh seekor dua abang metal Ayer Hitam yang aku dah lost contact hari ini. Dah besar sikit barulah aku pandai cari kawan sekepala. Itu pun pasal aku tuisyen di bandar. Jadi, selalulah aku melepak di spot-spot budak-budak perasan kental ni. Ha ha. Itu pun berapa kerat je aku kenal. Aku pemalu. Kadang-kadang jambu jugak. Keh keh keh.

Sekarang dah tak kisah lah. Dengar je apa yang ada. Bukan semua benda-benda macam ni tak elok. Mak aku pun dah tak tau nak cakap apa. Dulu, mak aku memang tak kering air mata. Risau betul dia dengan aku. Lain dari anak-anak saudara dan jiran-jiran. Jangan risau Mak, aku ok. Asalkan aku boleh menilai mana yang baik dan buruk untuk aku, itu sudah memadai. Eh, aku jadi orang juga apa sekarang kan?

Dah, jangan nak emo pulak. Aku nak print resume. Esok ada temuduga dengan jabatan kerajaan. Bai. Cubit kang!



Selasa, 4 November 2008

Tak AMAHREKA LA?!!!

Kau tau ke ada cerita baru? Budak Yang Jawa? Giler ar weh. Dalam panggung penuh budak-budak Sabak Bernam, Hulu Langat, Sungai Besar. Batu Pahat? Muar? Toksah cakap la weh. KONGKUERRR ABIS!!! Gua goyang dalam panggung, cakap lu. Semua cakap ala-ala Bambang Pamungkas, apahal kan? Ngeri ah gua!


Ini filem realiti budak-budak jawa yang berhijrah ke New York, beb. Barulah aku faham. Kalau tak ada budak-budak keturunan jawa, tak ada New York Hardcore atau singkatnya NYHC. Aku dengar vokalis Madball tu mak dia orang Batam, betul ke?


Bukan setakat babak bunuh, rogol, pow di bas stand je yang ada. Macam-macam ada. Siap ada demonstrasi membuat pecel lele (masak lemak ikan keli). Giler tu....negro kat Bronx pun makan pecel lele. Ohh.....inilah resepi yang diedarkan secara bawah tanah di sana. Khabarnya nak elak cukai publisiti. Biasanya belakang bangunan la diorang akan mengedarkan pecel lele ni. Pengedar pecel lele ni pakai pistol beb. Tak ada masa nak asah-asah pisau ni. Gengster abis!!! Gila kau. Mana sempat. Nak update facebook lagi. Nak edit lay out Myspace lagi. Lagi banyak rama-rama, lagi ngeri lah page diorang. Kau add la. Aku tak berani dengan budak-budak New York.


Kalau tak ada bunga. Tak cara la beb. Mesti ada. Sekali pandang aku tak cam. Pasal dia pakai kain batik lepas siap bersanggul sipot besar. Dua kali pandang, baru gua perasan! Baru gua perasaaaaaaaaaaaaaaan!!!



ALICIA KEYS, douk!!!!!!!!!!!-tak syiiiial la plak kan? Pez....


Ah, aku lupa beritahu hero filem ni. Dalam filem berbahasa jawa ni, hero-hero dia memang getar beb. Penampilan memang ditunggu-tunggu beb. Bak kata orang, diorang memang rare lah! Imej baru serba segar yang ditampilkan memang tepat di saat ekonomi yang kukuh disamping kepesatan pelabur asing di Wilayah Pembangunan Iskandar. Siapa lagi, kalau bukan Abon (watak jahat) dan Herman Tino (watak baik).


Ah, lu tengok sendreee la weh. Gua tak bedek. Lek-lek sua!

Isnin, 3 November 2008

Berada di tengah-tengah pertelingkahan kehidupan



Aku sekali lagi menjengah ibu kota. Mencari sekali lagi beberapa buah siri penghidupan. Mencuba nasib. Tapi, belum sanggup memperjudikannya. Hidup ini bukan perjudian(Engkau, kalau aku bagi peluang. Semua kau nak buat duit eh? Tampar kang).

Esok, aku perlu hadiri temuduga bersama sebuah firma kewangan di PJ. Kali ini aku takkan bersikap choosy seperti yang lepas-lepas. Request itu ini. Banyak songeh. Aku kena telan. Biar pahit. Apa sahaja yang diberikan. Penawar. Mana ada yang manis? Bab angka. Kiraan. Itu nanti dulu.

Minggu depan. Sekali lagi. Sesi uji kemampuan dan temuduga. Untuk menjadi calon tenaga pengajar di sebuah sekolah anak-anak pintar berbangsa melayu (aku sendiri tak pintar macam mana ni? Ha ha ha). Persediaan telah aku persiapkan berminggu-minggu yang lalu. Aku letih. Hingga kadangkala menimbulkan beberapa siri perselisihan faham dengan mak. Aku melepaskan satu peluang lain yang datang bergolek secara tiba-tiba. Gara-gara ingin mencuba nasib menjadi pendidik. Aku sekadar ingin melihat kemampuan aku dalam sesi temuduga kali ini. Ingin lihat sendiri titik peluh usaha aku.

Mungkin mak sudah terlalu jelak melihat kekutuan aku. Ke sana ke mari. Bergelak tawa. Bergelendangan. Tidak seperti riak wajah seorang yang berpendidikan. Dari dulu, sampai sekarang. Inilah cara aku. Aku tak peduli.

Tapi aku nekad. Aku buat apa yang aku minat. Apa yang aku ingin cuba. Mungkin apa yang pernah aku cari selama ini. Setelah beberapa tahun aku tak menetapkan langsung arah tuju hidup aku. Aku langgar. Aku redah. Aku hanya ikut gerak hati.

Andai tak ada rezeki. Itu takdir. Yang penting aku berusaha, untuk ini yang kali kedua. Kadang-kadang orang tua susah nak faham apa yang kita perjuangkan. Perlu kita akui. Situasi dahulu dan kini amat berbeza. Kematangan fikiran dan pengajaran dari pengalaman-pengalaman yang lepas sama ada dari kawan-kawan, pembacaan atau diri sendiri, banyak mengajar aku erti kesabaran dalam mengharungi kehidupan.

Komunikasi. Itu kunci yang sangat penting dalam kita menerangkan kepada individu yang sentiasa berasa curiga dengan hala kehidupan kita. Selepas bergelen-gelen air liur aku mengalir dan bertegang urat barulah si ibu mengerti.

Kehidupan kita, kita yang tentukan. Moga Tuhan permudahkan segalanya. Aku ikhlas.







Berok.

Engkau pernah dengar istilah si rambut perang tapi bodoh? Tak silap aku Paris Hilton adalah golongan tersebut. Kalau perempuan melayu apa kita nak sebut? Si perasan cantik tapi binatang.


Sepuluh engkau soal, satu pun dia tak boleh jawab dengan betul. Ingat dia dah kelakar sangat. Tapi bila dia soal balik, satu engkau tak jawab dengan betul dia akan merajuk macam tenuk padang pasir. Dia ingat dia diva?


Binatang berbangsa melayu begini harus kita singkirkan dari kehidupan masyarakat yang dikatakan berhierarki pada hari ini. Sikap binatang sebegini biasanya akan memudaratkan hidup dia sendiri. Biarkan dia berlegar di dalam zoo ciptaannya sendiri. Biar dia puas bergaya seperti berok yang dipertontonkan kepada warga urban yang jarang-jarang melihat telatah berok kampung di bandar. Aku percaya kalau di layan ia akan menyebabkan kita semua akan mengalami kemerosotan ekonomi pada tahap yang membimbangkan.


Binatang,
aku dah delete nombor engkau. Pergi jalan.