Khamis, 11 Februari 2010

Semua pengail adalah pengganas

Aku memang tak pandai memancing. Orang kata, aku hilang satu lagi nikmat dunia. Ini semua mengarut dan aku pangkah silang kepada manusia yang cakap macam tu.


Semasa aku zaman kanak-kanak, aku adalah seorang yang amat pasif. Tiap-tiap petang aku lepak kedai kawan aku di pekan. Dia tak bersekolah dan bapanya adalah seorang penagih. Mak aku memang membebel macam senapatang patah. Tapi aku peduli apa.


Bapak aku pernah ajak aku memancing kerana aku asyik duduk rumah. Kanan kiri jiran aku budak perempuan. Macam sial boring. Jadi, aku ikut bapak aku memancing. Sebagai kanak-kanak pekan aku tak pernah menyertai kawan-kawan aku di luar sana memancing. Ini dikira pengalaman baru bagi aku ketika itu.


Pada mulanya. Aku hanya tengok sahaja. Langkah pertama cari cacing. Aku berdiri tercegat tengok bapak aku cari cacing. Langkah kedua, adalah memasukkan cacing (apa istilah dia yang tepat eh?) ke mata kail. Pergh... Ini yang aku tahan nak tengok. Sadis sial cacing hidup-hidup kena cucuk kat mata kail. Tergedik-gedik dia kena cucuk kat mata kail. Arghh.. Lepas tu, berdarah lagi. Aduiiiyaiii... Ini kezaliman yang harus ditentang! Cukup lah. Aku tarik diri dari arena memancing. Bapak aku bosan tengok perangai aku petang tu. Ada jugak yang guna cicak lah. Katak lah. Perghh.... Gila ke? Aduuhhh kesian doh. Aku mengambil keputusan mutlak untuk tidak memancing sampai hari ini.


Itu satu hal. Habis,, ikan yang tersagat mulut dengan mata kail apahal? Cuba mulut kau aku rentap dengan mata kail sangkut kat langit-langit kau. Perghhh ini keganasan! Aku tak pernah makan ikan yang dipancing. Serius aku cakap. Engkau nak cakap aku true, memang aku true lah! Nak lagi sadus ada sesetengah pemancing dah dapat ikan lepas tu dia lepas balik. Gila lah weh.... pedih doh! Cuba kau mulut dah tersagat kena air. Kena pulak air masin. Bapak pedih ngok!!!! Aduiyaiii.....


Dengan ini, secara rasminya. Aku mengyistiharkan pemancing sebagai pengganas. Wabillahiltaufikwalhidayah wassalamualaikumwarahmatulah hiwabarokatuh.

9 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Samalah. Apa nikmatnya memancing entah!

Dewajiwa berkata...

SOKONG LU JUNA!!! haha.
mungkin kita tak faham apa yang diorang nikmati. gua raspek itu hak diorang. tapi bab kejam tu gua setuju sangat. hehe.

memasukkan cacing?
mencangkuk, mencucuk (macam satay) atau menyangkut, mengaitkan. ah..bedal saja. kami faham sudah.

faqhrule berkata...

solidariti buat pemancing! hahaha

FAZ berkata...

Gua pemancing hati wanita.

Pangkah silang gak ke?!

Rembo berkata...

sejak gua jatuh moto lalu kena jahit kat bibir, gua terus berhenti memancing.

Gua faham sangat perasaan ikan time sangkut kat mata kail tu.

Rajuna berkata...

bang jowo-itu lah. suka sentap-sentap pebenda?

dewajiwa-itu la. ini satu bentuk kezaliman. aku cadang nak buat demo anti memancinglah amacam? hi hi hi

faqhrul-oo..lu bersekongkol dengan kezaliman. tak true. ha ha ha ha

faz-pangkah hanya bila kau dapat pancing gadis bershort dan berkasut vans era. memang haram.

rembo-gua pikir lu mogok tanak makan sebab cinta tak berbalas sampai jahit mulut. kah kah kah

ofaghag berkata...

menggelabah pondan ni

semek berkata...

pancing awek mau?

ka-ii berkata...

ko ni emosi plak. relax la beb. da mmg kejdian die tersurat begitu. jgn samakn dgn manusia plak. aku suka ikan.