Khamis, 4 Februari 2010

Tapak Bang Juna


Aku baru saja membuang kasut Vans kerana keadaannya yang sangat mendukacitakan. Lalu, aku mengambil keputusan akan menggunakan kasut ini untuk sebarang aksi lasak merangkap tukang kebun di Port Dickson kelak. Ya, aku tau. Aku bakal berhadapan dengan risiko-risiko seperti mengecat batu penghadang jalan, mengangkat tiang gol, menyapu sampah, mengangkat kerusi ke dewan, bancuh air budak rumah sukan, mengambil surat di pejabat pos, mencantas pokok, melempang budak merokok, mengumpat Senah Gelang, membidas Timah Hai-yO, meng-slide Seman Huptrend dari belakang ketika perlawanan bola sepak semasa Hari guru dan membodek bos dengan cara membawa pisang dari kampung.



Jadi, untuk aksi lasak. Aku tak perlukan Onitsuka Tiger aku. Aku perlukan sesuatu yang berpewatakan lasak juga. Mungkin kasut ini sudah memadai. Harap-harap tidak dirembat anak didik aku ketika aku bersolat Asar di surau sekolah nanti. Jangan sampai aku nampak dia bershuffle dengan kasut ni.




Nahas kau aku rodok dengan penyodok sawit.

9 ulasan:

faqhrule berkata...

tempat gua tak panggil penyodok sawit.. kalau pokok kecik abah gua guna chok kalau pokok tinggi baru guna sabit dua tiga galah

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

wah kat pd eh nanti. skolah mane bang juna? dulu penah skolah kat pd hahah.

Darkkadabra berkata...

Kelakar lah abang Juna ni!

FAZ berkata...

"Hip-nya cikgu jambu itu!!"

kata nanti anak anak didik Bang Juna

Dewajiwa berkata...

masa tengah dia leka shuffle tu lah yang paling sesuai untuk sungkit rusuk kiri dengan kekejaman 2 pemeringkatan. gerenti terbaring terkedek-kedek.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe~
nak kena motong sawit ke?
aku kat sekolah ni sudah bertambah rentung sebab hari sukan~
huwaa~
sabtu ni sukan tara, ya, tahniah, aku tak perlu ke pantai untuk gelapkan wajah.

kecik berkata...

tak hilang waktu Solat Asar kot. Solat Jumaat ye la

cimon berkata...

perghh...

kasut baru...

bile nak tunjuk kat kitorg nih?

huhu...jelesss...

Rajuna berkata...

faqhrule-ditempat gua mengusahakan sawit lebih enak disebut menyawit.

notso-maaf..hahah tidak akan dikongsi. malu.

darrk-hahahahahah sepak nak?

faz-hip hip horay kata saya!

dewajiwa-hamboi. rabak tu bos! ha ha..rileks!

lord-ya, saya akan bawa payung bila sukan berlangsung!


kecik-ko mana tau? budak sekarang panjang tangan. kat sekolah pun berani buat benda bukan2 inikan pula mencuri.

cimon-hahaha. baru lah sangat.