Khamis, 11 Februari 2010

Bundle-ism (perihal barangan terpakai)

Kegiatan bundle-ism bukanlah sesuatu yang baru. Bagi di kawasan aku sendiri kegiatan bundle-ism dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan. Malah, aku sendiri telah terpengaruh dengan budaya ini. Aku tidak pasti berapa lama budaya bundle-ism ini sudah bertapak di pekan Rengit dan kawasan sekitar. Namun, budaya ini sedang menular di kawasan-kawasan lain. Ramai diantara rakan-rakan rapat aku yang pada mulanya mengalami ketagihan, akhirnya menjadi pengedar tegar dan berani menolak barang bundle.


Kampung Bumiputera atau lebih relaks dipanggil Kampung Kuala di Pekan Rengit bolehlah dikatakan syurga barangan terpakai. Pengunjungnya bukan hanya dari penduduk setempat malah dari negeri-negeri lain. Apa yang lebih mencemaskan, ramai penduduk dari Pantai Timur telah mula mengalihkan padangan mereka dari bisnes tom yam kepada bisnes ini. Sekali datang bawak lori terus memborong. Namun, jangan risau. Aku tidak pernah mendengar lagi mereka borong masyarakat kaum orang asli di situ.


Di pusat membeli-belah ini pelbagai barangan boleh didapati. Antaranya perabot, barangan elektrik hinggalah ke instrumen muzik. Ada tak ada benda yang kamu cari, itu kira nasib. Jangan nak order apa-apa dengan aku. Sebab aku pun tak rajin menggodeh barangan di kampung ini. Kebelakangan ini aku agak ghairah mengusyar basikal BMX dan MTB. Pernah aku tanya harganya. Macam cilaka. Jejak RM1K lebih pun ada. Apek di situ ada memberitahu, "Lu lambat. Simalam ada olang JB mari angkat satu mesikal mi-em-ek. Dua libu lebih. Itu ha, satu jali muleh angkat hor," bikin gua panas! Dulu pernah jugak aku angkat satu basikal MTB. Mak aku belikan. Jenuh jugak aku menjawab sepanjang kayuhan bila ada orang tanya tempat aku mendapat basikal ini. "Saya beli Singapore Bang," itu jawapan yang pasti. Akhirnya, basikal itu dicuri anak jiran aku yang tak bersekolah dan dibuang dalam kebun orang. Terima kasih banyak-banyak.


Ya. Kebanyakan barang diambil terus dari gudang atau dari rumah-rumah di Singapura. Aku difahamkan orang-orang di Singapura mengalami kesukaran untuk memindahkan perkakas rumah mereka kerana kos memindahkan barang lebih kurang sama dengan beli barang baru. Oleh yang demikian, budak-budak ambil je lah barang-barang tu. Kebanyakannya memang elok-elok lagi dan mempunyai kualiti tinggi. Biasalah barang Singapore, bai. Sama ada fakta ini tepat tak dapat lah aku pastikan. Aku dengar orang cakap je.


Bagi aku sendiri. Aku kalau boleh tak nak terlibat dalam kegiatan ini. Ia boleh membuatkan kita ketagihan melampau dan tidak nyenyak tidur. Contohnya kalau dapat barang rare. Kawan-kawan desak nak beli dari aku. Permintaan dengan harga tinggi. Tapi aku sayang nak jual kat orang. Ini akhirnya menyebabkan diri aku dalam dilema dan tak ingat langsung hal-hal untuk berumah tangga. Ia sangat awesome.


Untuk maklumat lanjut sila lawati Rengit Secondhand Shop. Iklan ini tidak berbayar. Sekadar tumpang semangat kawan-kawan yang minat dengan unsur seni yang paling deep ini. Cheh!



7 ulasan:

Rembo berkata...

gua mula pakai bundle tahun 1996. gua beli dekat kedai Enal kat Summit.

Rajuna berkata...

dan, Enal jugak yang bikin airbrush motor gua.

FAZ berkata...

Sapa Enal?

Rajuna berkata...

budak bando (bp)

dewajiwa berkata...

kat Rengit tu dah lama lah.
apek jual gak ke? tak salah gua orang asli je bleh gi masuk Singapore. diorang dapat geran khas dari Sultan kita. masuk sana bawa balik apa sebanyak mana boleh muat untuk 1 van diorang. dapat muat banyak, memang untunglah.

basikal jangan gurau. harga memang diorang dah tau. ini semua badigol yang tak reti main harga pergi buka harga betul (kes lama).

err..ini tak bleh kira bundle lah Juna.

Rajuna berkata...

dewajiwa-pada aku. harga barang terpakai/bundle yang munasabah harus sekurang-kurangnya 60% lebih murah dari harga barang baru. jadi kita tak menyesal sangat beli barang terpakai. Kalau macam baju band dapat rm5, buku overseas yang harganya berpuluh dolar dapat dalam rm4 memang layanzzz....

ainunL muaiyanah berkata...

saya suka bundle. ok dah sampai ketagih kot dulu.

sekarang dah kurang sikit :)