Isnin, 8 Februari 2010

Jangan. Biarkan Aku Yang Mengukir Kasih Di Dalam Hatimu!

Pada satu sudut yang lain, aku suka gadis yang berpewatakan sedikit nakal. Sekadar suka. Namun, jarang sekali gadis jenisan ini mahu berdamping secara rapat dengan aku. Mungkin aku nampak skima pada mata mereka. Ya, aku tak cukup liar. Malu-malu landak laut. Walaupun malu, tajam berbisa tau. Sekali I gigit, biru You.... Sekali lempang, impak dia maksima!


Penampilan liar tidak semesti jahat. Sebelum ini pun, aku selalu bersembang atas talian dengan kawan-kawan perempuan jenisan ini di seberang sana. Pada hemat aku, gadis atau wanita berpewatakan nakal ini biasanya mudah didekati dan begitu mesra sekali. Keterbukaan mereka berada di tahap cukup baik, itupun bergantung kepada tahap keterbukaan kita bila kita berbicara. Banyak benda yang boleh kita kongsikan. Walaupun sama rumpun keturunan sama bahasa tapi aku beranggapan kita di sini masih ada batas-batas yang mengekang untuk melakukan sesuatu perkara.


Contohnya bertatu. Jarang sekali budak-budak di negara kita yang bertatu. Mungkin ramai. Mungkin tersembunyi. Mungkin aku yang tak tahu. Tapi aku susah jumpa. Lagi-lagi anak gadis.


Ya, aku faham. Badan masing-masing. Hak masing-masing untuk lakukan apa sahaja. Tapi kadang-kadang hati aku tersentuh. Sayangnya..kulit yang mulus itu kau cacahkan dengan corak-corak yang ganas. Sayangnya...tubuhmu yang menggiurkan itu dicacatkan dengan lukisan-lukisan yang hodoh. Seringkali juga aku mengeluh. Kenapalah engkau buat keputusan sedemikian? Kan lebih indah kalau tubuh kau bersih, seiring dengan lembut bicara sifat keibuan engkau? Kalau lah engkau tak bertatu mesti mak aku pinang engkau. Tak kisahlah duit hantaran engkau jadi dua kali ganda. Kalau dah suka, nak kata apa, ye tak?


Aku pernah menyaksikan satu program amal di stesen televisyen di negara seberang tambak sana. Kos untuk membuang tatu dengan laser di sebelah tangan sahaja sudah mencecah ribuan dolar. Bukan murah. Mungkin ramai yang menyesal. Tapi terpaksa menahan hasrat kerana kos yang mahal.


Pernah juga ada yang merungut bila bersiar-siar terutama di negara ini. Kurang senang apabila ada mata-mata yang merenung tubuh mereka bagai ditelanjangi apabila mereka melewati kelompok kaum lelaki. Tapi bagi aku sendiri, itu rare. Siapa tak terpegun? Haha. Nasiblah, Kak. Aku tak boleh nak cakap apa.


Sebenarnya bukan kakak-kakak ni tak tau hukum dari segi agama. Ye lah darah muda kot. Aku nak nasihat lebih-lebih macam lah aku ni bagus sangat. Lagipun diorang ada mak bapak. Aku ni siapa je lah. Budak kampung. Aku sekadar suarakan pendapat aku dan aku menghormati pandangan dia.


Kadang-kadang aku buat-buat diri aku dalam dilema.
Kalau jadi isteri aku, mesti mak aku tau yang mandi wajib dia tak sah.




9 ulasan:

kecik berkata...

Kalau lah engkau tak bertatu mesti mak aku pinang engkau.

saya ni tak bertatu bangjuna. apalagas?

lagi, saya tak berapa paham ayat last tu. explain pls..

Bozu berkata...

tatu di perut sangat mencuri pandangan ku..

faqhrule berkata...

dillemma moralist

david santos berkata...

Hello, my friend!
Really great work. I loved this posting and this space. Have a nice day.

FAZ berkata...

kalau tatu dia ada kat bahagian yang celah celah macam mana?

nak kena selak baru tau

Rembo berkata...

gua ada tatoo kat belakang badan gua. gambo gua tengah two thumbs up sambil menyeringai.

Yang benar,
Steve-O

Huzai Mansor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Huzai Mansor berkata...

Aku suka yang ada tramp-stamp do!! Baru macam ponstar sikit. Ahaha

Rajuna berkata...

kecik-sila letakkan nombor telefon di inbox fb. sekian.

c-bozoo- ye. bawah pusat sikit. auw!

faqhrul-jangan banyak songeh. nak tak nak bila dah masuk sekolah, memang terpaksa jadi moralis. haha. kan?

david-opo waeh!

faz-tau tak 'test drive'? hahaha

rembo-steve O siapa? aku tak kenal. pengusaha makanan sejuk beku ke? ha ha ha

huzai-taste tinggi ye kau ni walaupun duduk kat kulai? hahahaah. aku tak tau pun term tu. kalau aku google mesti aku tulis, 'ass crack tattoos' hahaah