Rabu, 12 November 2008

pang ping pong

"Kamu pernah dengar kes di mana seorang guru ditahan kerana berkelakuan tak senonoh di Bachok, Kelantan?"

"Ya."

"Pada pendapat kamu, mengapa ini terjadi?"

"Jika dipandang pada sudut moral, ia bermula dari rumah. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anaknya. Kesilapan lalu sebenarnya membawa kesan ke atas ketidak seimbangan terhadap pembentukan anak-anak. Tapi, pada pendapat saya perkara ini terus merebak kerana kurangnya sokongan masyarakat. Cemuhan. Sindiran. Makian. Peminggiran. Menyebabkan golongan ini terus dengan dunianya. Bagi beragama Islam sudah tentu menjadi tanggungjawab bagi mereka yang berkenaan membawa golongan ini ke jalan yang benar."


"Apa pun pendapat kamu. Saya menganggap kamu lelaki lembut. Hair style kamu. Pakaian kamu. Cara kamu. Pembawakan kamu. Kami memerlukan seseorang yang boleh membentuk masyarakat yang baik. Contoh yang baik. Teladan yang baik. Kamu lelaki lembut."

"Saya lelaki sejati. Serius. Sila lihat resume dan sijil-sijil saya. Rujuk kepada aktiviti saya. Mana mungkin mak nyah main dram untuk sebuah kugiran di mana-mana festival seni? Mana mungkin mak nyah menyertai aktiviti kadet berpangkat koperal?"

"Apa-apa lah. Lain kali, kamu kena ubah penampilan kamu."

Ini adalah sedutan perbualan di sebuah institusi pengajian di ibu negara. Telah diubah sedikit untuk meredakan situasi marah. Ini kali pertama aku dilabelkan lelaki lembut secara terbuka.
Sebelum keluar, aku sempat memandang ke arah penemu duga.

"Kalau lu, berani kita jumpa di KL bulan depan. One by one. Kita tengok siapa jantan. Lu tengok video ni dulu. Sebab band ini mau datang bulan depan. See you in mosh pitt bebeh. Siap lu!" Aku cakap sambil tunjuk dua jari di leher.

Bedebam. Aku hempas pintu.

Killing Me Inside (Indonesia)

25 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

don't judge the facebook bay it cover. apekejadah tah. betul ke BI aku ni juna? haha

Rajuna berkata...

rahimin-hah lantak ko! ha ha ha.

Aku berkata...

Lelaki lembut tidak boleh dijadikan contoh dan teladan yang baik? Tak setuju!!! Mak nyah memang tak boleh jadi contoh dan teladan tapi bukan lelaki lembut. Sesetengah lelaki mmg dah nature dia lembut tapi dia lelaki tulen, berpakaian dan bernaluri lelaki, cuma pembawakan jer yg macam lembut sket maybe because of how they are being brought up. Ramai lelaki lelaki macam ni blh dijadikan contoh dan teladan yang baik, malah lagi layak dijadikan contoh compared to lelaki pergi ke bulan yang gay itu.

Mak Su berkata...

kena kenal dulu, baru tahu, kan.

hegira berkata...

setuju dengan hanim.

tapi juna. cuba lain kali ko pegi interview dressing macam mak nyah lak.

alif-mikail berkata...

ko lelaki lembut!

eh! bukan koi cakap la.. ahhaa

koi sudah auto-senyum..

(parah makin terbabit dgn blog rosak bahasa koi)

Danielle_Corleone berkata...

Gua panas mendengar ini. Gua doakan anak penemuduga lu tu btul2 jadi mak nyah! tgk dier bleh handle ke tak!

cimon berkata...

xelok kutuk orang...

karang terkena kat batang hidung sendiri...baru padan muko!

hahaha (^v^)

apek terror berkata...

lu kene ini macam? dia belum tgk jaket kulit itam duri-duri kalau dah siap....gesel je sepam mesti menangis setahun...

negara maju jadah narrow minded bastard...

bile mau rockin?

adin berkata...

'tunjuk dua jari di leher'....mcm mne nk gaya kn tu...

Rajuna berkata...

hanim-setuju.kadang2 manusia ini terlalu sempit fikirannya. dibayangi pula oleh adat/kepercayaan yang bukan2. menyebabkan sesetengah dari kita terus terpinggir dan dinafikan haknya. aku cukup memandang serius akan hal ini.

maksu-susah nak cakap pada orang yang suka menilai pada luaran.

hegira-betul. mesti dia ingat aku askar regimen melayu ke 666

alif-kalau auto ni susah sikit. satu rosak, terus merebak!

danielle-sabau je la.

cimon-tu la. aku ingat aku nak bawa makanan kegemaran ko la untuk sajian penemuduga.

adinosaurus-ha gayakan la suka ati ko!

H berkata...

buduh punye penemuduga.
tu la dia orang yang berotak senteng.
cakap men ikot sedap mulut je.
kalu lembut yang aaaawwww... pun tapi bleh buat keje.
apedehal?
buduh cam selipar!

btw, band itu sangat best.

King berkata...

hahaha..

soalan provokasi tu beta yg bg idea kt diorg soh tnya..

isyhh...

gelak giler ms dorg citer kt beta aritu!!!

cimon berkata...

ko nak bagi die sedas megi goreng yg aku masak gaya tersendiri tu ke?

gilerr ko...botak la kpala diorg nanti...

kes naya nih!

hehehe(^v^)

Yana Ismail berkata...

huh..sbr ok bang juna!suka2 je ckp gitu..

emm..princess lak emo;p

Denanz ... berkata...

"See you in mosh pitt bebeh. Siap lu!"

hahaha. garang, bro. gua tak caye lu lembut.

ceh ... hampeh itu penemuduga.

dzul berkata...

orang tue-tue kata,
kalau takde angin
masakan pokok bergoyang..

huhu..

poyotito berkata...

lu sikit punya kuat maki hamun camni orang boleh kabor lu camtu?

musykil gua bai

Rajuna berkata...

cikenit-masalahnya aku bukan aww. cih, mungkin kejambuan mengganggu konsentrasi keimanan mereka, euww!

king-ko punya idea ke? ha? ha? ha?
arghhhhhhhhhhhh!!!


cimon-resepi ko memang terbaek!!!!!!!!!!!!!!!

APEK-Kena sikit runut bunyi Apparatus siap la kau!!
kita punk pecah kepala!!

liyana-princess tak yah emo2 k..nanti kita sama2 cubit pipi dia! eeee geram!

denanz-betul tu bro. takkan gua nak tunjuk kekakipukulan aku pulak kan?

dzul-aku rasa ada hantu baja subsidi yang bergayut kat pokok tu.

poyotitos-sekali air bah sekali tu jugak marah!!!

Yana Ismail berkata...

uhuhu..lor,cubet pipi je?tak ganas la bang juna..ha ha ha..

azie berkata...

lembut, does not mean mak nyah. kadang2 yg lembut ni jenis yg soft spoken, tak kasar.

salah ke? as long as tak berpakaian dan perwatakan mcm ppuan, cukuplah

Rajuna berkata...

liyana-ok,ok. kita tikam dia dengan pisau pemotong sayur!

azie-nauzubilah. aku belum pernah lagi pakai high heel,mini skirt atau baby t atau pun tudung bawal 1.

tasekM berkata...

ah. yg macho dan gaya jantan habis tu pun.... sekali gay.



.

Darab Dua berkata...

pesen tuduh ikut dan ni mmg gua tak setuju benar. kalu gua, itu jam jugak gua paranawei penemu duga tuh.
heh!

Danielle_Corleone berkata...

tasikmerah-upssss!!! ha ha ha..


darabdua-uiks. tak baik. biarla orang cakap kita apa sekalipun. yang penting, kita perlu ludah muka dia! ahahaha.