Ahad, 7 Jun 2009

9 pagi 4 Juni Setiap Tahun

Pernahkah dia terfikir untuk membiarkan kita berlari di padang sana? Bebas menikmati semilir angin petang yang bertiup lembut hingga mampu menerbangkan rambut kamu yang indah itu.

Apa kiranya dia berikan aku peluang untuk memimpin tangan kamu bersama-sama meredah ombak-ombak kecil di gigi pantai tatkala matahari mula menyembunyikan dirinya? Hanya sebentar agar kedukaan di hati ini melayang dihembus bayu senja.

Atau kamu sendiri.

Jangan pernah mendustai bisik hati sendiri. Andai benar engkau kasih akan diri aku, lalu nyatakanlah seadanya kepada dia. Bahawa aku bisa membahagiakan mu lebih dari dirinya.


Atau kamu sendiri.

Berikanlah aku peluang untuk menghulurkan secebis kenangan untuk dihantar tepat ke pintu rumah kamu tepat pada pukul 9 pagi. Setiap tahun. 4 Juni. Kerana pada saat itulah aku mula menghirup nafas dunia.

10 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

hoi. lu jangan lebih2 cakap la. apa crita ari ahad ada kat kg lagi? ni gua rasa nak lempang lu ja ni.

Huzai Mansor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Huzai Mansor berkata...

Hari jadi lu ke? Kalau betul, Selamat hari jadi..








....binatang! Hahaha!

Rajuna berkata...

daniel-jadah! gua baru nak berehat. seminggu gua jaga bola keranjang. fak bola all the time!


huzai-lu cuma orang yang kelima mengucap selamat hari jadi kepada gua. gua lek2 je/.

kecik berkata...

ek?besday bang juna?
happy belated birthday!

Rajuna berkata...

kecik-ah makasih!

hzrh berkata...

bangJuna!
selamat menjadi lebih muda,barangkali?

hehe!
selamat hari jadi versi sedikit lambat!
xD

Rajuna berkata...

hazirah-terima kasih. begitulah hendaknya ha ha ha

hegira berkata...

selamat hari ulangtahun!

belated pun masih ucapan, kan?

Rajuna berkata...

hegira-tak kisah. sangat dihargai. tak pernah menyambutnya sepanjang hidup aku.