Isnin, 22 Jun 2009

Saya tau awak-awak semua pun pernah....

Mungkin awak-awak semua pernah rasa macam ada orang tak suka kita.


Kita rasa kita dah buat dan dapat apa yang kita inginkan dan kita rasa ia sangat cool. Orang dok congrats kanan dan kiri. Tapi, pada masa yang sama ada yang mencemuh, mengejek dan memerli. Ya, mungkin kerana kita tidak cool untuk perkara yang kita sedang buat atau kita kecapi sekarang ini.


Ini ada sikap-sikap yang sedang saya mukai sekarang. Ini membuatkan saya "setubuh di atas".


Mungkin awak-awak sudah biasa dan lali dengan perangai orang-orang berketerunan melayu yang mempunyai daya pemikiran tipikal iaitu tidak boleh lihat orang senang apatah lagi selain dari bangsanya sendiri.


Ini semua sindrom-sindrom yang tak perlu kita tangani. Mungkin dengan hanya sebutir ludahan bisa menyelesaikan segala.


Saya tahu saya tidak cool untuk bekerja sebagai penjawat awam apatah lagi di dalam bidang yang saya pilih.


Tidak berjanggut, tidak berjambang tetapi sedikit boroi, berpakaian aneh di masa senggang, tidak bermain futsal dan tidak merokok (Dalam sesetengah kelompok orang melayu merokok adalah lambang cool dan lambang kedewasaan. Sesiapa yang tidak merokok adalah tidak 'membesar'. Saya tidak faham bahagian ini. Ada perokok-perokok boleh jelaskan?)


Saya biasanya tidak ambil tempat dengan perkara-perkara berkenaan. Saya hanya melakukan apa yang saya rasakan perlu. Saya perlu akur dengan ketentuan, menghargai masa dan nilai kewangan yang saya ada (alahai berapa sen sangat lah) untuk meneruskan kehidupan saya. Saya tidak perlu inspirasi dari makhluk yang menjadikan nilai komersialisme untuk lari dari kedukaan atau perasaan depress.


Saya ada muzik-muzik indah yang membuatkan saya bernyanyi kecil atau hmm-hmm di bilik yang mana kadangkala disahut oleh ibu.


Saya ada kanak-kanak kecil disekeliling yang mempunyai daya ketawa yang membuatkan fikiran melayang tersenyum riang.


Saya ada binatang yang membuat saya tersengih melihat telatah mereka.


Saya ada tumbuh-tumbuhan dan kehijauan alam untuk saya nikmati dengan dua mata saya dan hidung untuk saya hirup udara segarnya.



Sebenarnya kita terlupa akar kita dan kita sering terlepas pandang terhadap apa yang ada disekeliling kita untuk dihargai.


Jadi, apakah mungkin manusia seperti saya tidak harus dihargai?


Terpulang lah. Saya tak paksa awak-awak semua. Bagi saya semua manusia punya hak yang sama untuk menikmati kehidupannya sendiri. Siapalah kita untuk mengadili kehidupan orang lain?


Saya bukan hakim di mahkamah.
Saya bukan Tuhan untuk mengadili awak-awak semua. Saya orang biasa-biasa aje.


Dan lagi penting,
Saya bukan pengadil bola sepak. Pengadil bola sepak ni satu hal. Suka berat sebelah. Rasuah ke apa? Ni yang saya malas main bola sepak. Fak bola sepak!


Penghargaan bukanlah dalam bentuk sanjungan. Tetapi memadailah dengan menghormati pandangan dan keputusan orang lain asalkan ia tidak menyebabkan anda berasa sedih dan pilu di waktu petang (apa benda lah aku mengarut petang-petang ni. Dengar Taking Back Sunday banyak sangat gini lah dapatnya).

10 ulasan:

faqhrule berkata...

abang juna macam emo je ni.. apasal ni?

kecik berkata...

haih bangjuna
biasalah tu, selagi namanya manusia,
sifat tak puas hati and dengki tu ada.
semua orang pun ada

taking back sunday? aiyo.

Huzai Mansor berkata...

i just wanna break you down so badlyyy.... Boleh?

Rajuna berkata...

faqhrule-sebab bang juna rasa macam nak cari awek sorang boleh jugak dijadikan teman sembang di waktu malam yang boring.

kecik-ye lah kecik. bang juna rasa perasaan ni disebabkan terlalu banyak menonton drama.

huzai-mek dem syer. siak ah. ha ha ha.. apasal entri ko dgn aku macam nak lebih kurang je ni? emo jugak?

FAZ berkata...

EMO tak habis habis!!
tulah berkawan banyak sangat dengan budak budak time square ni lah jadinya.

S.YanaZ berkata...

Kami pon sama mcm sesetengah Pak Menteri.(Berkaitan rasuah)
~Pengadil Bola(Jaring)~

cimon berkata...

kommon...

emo la pulak...

lek2 laa...

takkan rs sedeyy pulak nak tglkan kg utk smbg blajar...

hehehe(^v^)

Rembo berkata...

hmmm...Mineral la. tajuk Gloria. amacam?

Rajuna berkata...

xfazx-budak times square jangan kacau. dorang inspirasi aku untuk terus menjadi muda. generasi bundle..la la la...

s.yanaz-ini pun gua tak suka. gua suka menjaring hati pompuan je.

cimon-sedey la. buat itu tak kena ini tak kena.

rambo-lagu perlahan lirik tak ada ulang susah nak ingat dem punya lagu.

H berkata...

Dalam sesetengah kelompok orang melayu merokok adalah lambang cool dan lambang kedewasaan. Sesiapa yang tidak merokok adalah tidak 'membesar'. Saya tidak faham bahagian ini. Ada perokok-perokok boleh jelaskan? <-- melayu mane cakap ni? hehehe... buduh nye melayu tu. :p