Khamis, 11 Jun 2009

Hek eleh. Lek-lek sudah.

Apabenda entah. Orang sibuk cemas kena buang kerja, susah cari kerja, cari duit buat belanja kahwin ada pulak yang sibuk-sibuk hal-hal perkauman. Menggelabah cucu Mak Bibah beranak dalam tong keluar anak patung, siak.


Aku tampar jugak karang, terutamanya Ayol (haha).


Sekarang ni aku tengok masalah perkauman ini ada je kat mana-mana. Suratkabau lah, internet lah malah, kat Myspace pun ada. Halemak.... Naik lemas lah aku. Serabut. Pertubuhan itu lah. Pertubuhan ini lah. Geng itu lah, geng ini lah.


Diam tak diam, dalam arena muzik bawah tanah ada jugak kugiran-kugiran yang membawa isu-isu perkauman. Bangsa dia aje lah yang lebih bagus dari bangsa lain. Kalau boleh, dunia ni bangsa dia aje lah yang berhak tinggal. Dah, tu Tuhan ciptakan manusia dari pelbagai kaum ni apahal pulak? Nak salahkan Tuhan? Haih... Letih.


Apabenda entah. Kadang-kadang tu pulak, cakap macam tak seiring dengan perbuatan. Ini yang lebih kelakar ni-Untuk itu lah, untuk ini lah, demi keamanan sejagat lah -tapi, hampas habuk ada tapi mau bikin apa? Nak memperbetulkan keadaan lah kononnya, tapi diri sendree tak betul. Jadi apakah perkara ini perlu dirujuk kepada pengerusi ahli jawatan kira-kira?


Aku ingat ada benda yang tak kena lah dari sejak dari dulu lagi. Tapi..ah, malas la nak tulis. Ni aku tengah serabut ni, nak beli sport rim motor baru ke tak. Kalau beli tak dapat kasi mak duit lah bulan ni. Mana nak simpan buat belanja hantaran kahwin lagi. Apa? Tak da calon? Tak apa. Sementara tunggu orang yang sudi aku kumpul lah duit dulu. Orang kata alah membeli menang memakai (Dah mengantuk. Mengarut gila baboon aku ni).


Berbalik kepada topik;


Ish tak mau cakap lebih-lebih lah. Lawak pun ada, seram-seram lucah pun ada. Bila berbicara tentang masalah perkauman ni, macam-macam perasaan boleh timbul. Lebih-lebih apabila ia seperti menyongsang dari prinsip kehidupan yang kita pegang selama ini. Tak da pasal jangan nak cari pasal. Maria T. Sabri jangan ikut. Dia jalan-jalan cari makan. Kau jangan jalan-jalan cari pasal atau jalan-jalan cari penyakit berjangkit pulak. Tak ada faedahnya.



Dah la. Aku tak boleh la nampak papan kekunci ni. Mula la nak mengarut bukan-bukan.

11 ulasan:

Rajuna berkata...

1st!

hegira berkata...

2nd!

betul tuh. sokong. leklek sudah.

kecik berkata...

dah tu boleh tak saye kate third?
haha

pengalaman saya, kawan dengan cina and india, diorang banyak buat saya jadi matang.

S.YanaZ berkata...

Gua yg ke 101?
Cis.


Gua dah lebeykurang 9 thn duk area Brickfields, tmpt Hindraf.
Mao gua ckp ttg perkauman...?
*fuVk*

FAZ berkata...

Tak boleh komen sebarangan, takut amoi baris rumah gua baca juga blog lu. Gua dah la tengah ekjas nak ajak dia dating.

cimon berkata...

kaum?

ape tu?

Sang Pencinta berkata...

JOm masuk persatuan aku leh kurus kan badan..mke jadi lawa..kulit tegang jek

Rajuna berkata...

kecik-banyak benda baik yang kita boleh tukar dengan mereka

syanaz-kiranya lu ni di bawah Republic Of Brickfields la. Aru apa citer?


xfazx-gua rasa bakal awek gua yang bakal gua lamar tak lama merupakan seorang ah moi cun di kedai gambar.



cimon-race dont exist!!!-kah roe shi

tempe-nak kena tampar?

Danielle_Corleone berkata...

eh Awk. Saya ni org Ibrahim Ali tau. sampai hati awak. hahahahahaha!

Rajuna berkata...

danial-ewah lompat ewah lompat lagi!

si Comot (VIP boy) berkata...

Nice quote man.. 'Race dont exist'! Indeeed!