Rabu, 17 Jun 2009

Kerana Cahaya Matahari itulah menyebabkan kolar baju aku berdaki

*
Okey. Tak ada lah miserable sangat. Lantak la dia nak kahwin ke apa. Aku tengah pikir nak korek blok motor Kriss aku. Aktiviti skuterism dihentikan seketika sebab tidak ada inspirasi lagi. Nanti lah, kalau aku nampak ada awek rambut highlight kat Summit Parade baru lah aku on skuter balik. Wave 1oo yang baru aku angkat tu tak boleh kacau sangat, nanti anak murid aku tau aku kaki ranggi kota. Setakat pakai cam racing je.

**


Bila otak dan tubuh badan ini mula bekerja, benda bukan-bukan jarang-jarang sekali melintas di dalam kepala. Itu adalah sesuatu yang agak cool tentang kerja. Sebab itu aku perlu bekerja. Bukan hanya kerana ingin meneruskan kehidupan dan mencari survival, tetapi bagi membolehkan otak ini terus berfikiran positif.


***

Maaf, aku masih kekurangan semangat untuk membalas cetusan kamu di nukilan yang lalu. Dah la emo, bahasa tunggang langgang. Tak hip. Tak ada unsur seni. Hanya maki maki maki dan mengeluh. Aku rasa banyak cas-cas negatif dalam blog ni. Ini amat merbahaya bagi mereka yang tak mempunyai antibodi yang kuat. Aku tak pernah tengok blog yang buruk macam ni. Tak ada pautan-pautan yang hebat. Malah tiada pautan ke Facebook atau Myspace aku. Nak buat apa je lah kot. Kalau hensem tak apa lah jugak. Tak hensem tapi kaya boleh lah pakai jugak, belanja awek kat Secret Recipe naik Myvi. Ini nak menyebut menu kat Secret Recipe pun tak reti.


La-sak-na. Pres oren.


Nasib lah. Terima kasih je lah pada sudi yang singgah. Aku tau ramai je yang serik masuk blog ni. Nak baca pun letih, tinggalkan jejak apatah lagi. Mengarut gila. Apa benda entah. Tau sangat tentang ittew... Ada kawan aku cakap, "aku tak suka lah blog mengarut-mengarut macam kau ni. Tak politikal."




ka-ni-na-lo-bo-chee-bye-ken-ma-le'

15 ulasan:

hzrh berkata...

bangjuna,jom pegi dating minum milo ais..pres oren sakit perut..hehe~

Rajuna berkata...

i pegi u belanja
i nak 'ketuk' u.

milo ais tabur. ada berani?

kecik berkata...

ahah.
bangjuna,
cikgu2 tempat bangjuna mengajar takde ke yang hot2?

Rajuna berkata...

kecik-banyak la u punya hot. yang ada pun suam-suam kuku.

Darkkadabra berkata...

kalo ade yang hot, tak dak lah dia bunyi keciwa sangat. ha-ha.

kecik berkata...

darkk, betol gak kan. ahah!

Rembo berkata...

Dude. Rileks ok. Kite sama. Semalam gua dapat teks jemputan kahwin dari budak yg gua riki2 tak dapat2.

luluh hati gua. tp ttp macho. rileks.

Mak Su berkata...

blog politik maksu tak suka masuk, sebab maksu ni spesis lalang. oops!

hegira berkata...

ala juna.

kalau dia bukan milik kau tu, maknanya dia bukan kau punya lah tu.

nanti kau jumpa yang lagi hebat!

(jawapan psiko klise tak ingat!)

Danielle_Corleone berkata...

Assalamualaikum. Kepada semua pembaca blog abang juna. anda semua bakal menyaksikan abang juna akan mula mengkonstruksi isi blognya selepas ini. Selepas ini kita semua akan melihat tiada lagi caci maki dan kata-kata hamburan marah. Yang ada hanya keadaan yang keseronokan pada abang juna! Yeah! congrats dude! :-)

Danielle_Corleone berkata...

Oh ya! abang juna. tolong tukar tagline blog kamu daripada "Adalah mengenai piawaian keluhan dan maki hamun" kepada "Adalah mengenai piawaian kesyukuran dan hilai tawa". hahahahahahahaha! jangan marah ek abg juna. :-p

Danielle_Corleone berkata...

Semoga lu jumpa awek yang lebih berdenyut di UPSI. amcam? ikut piawai tak? hahahahahahaha!

Rajuna berkata...

darkk + kecik- ini kalau aku jodohkan dua2 ni memang padan.

saya mewakili kecik ingin memetik kumbang di tepi buah rambutan. adakah darkk sudi dengan pelawaan sang bunga?

rambo-sapa yang berani2 cakap gua tak relaks. tengok gua? cewaaaahh....


maksu-maksu seorang anarkis rupanya. ha ha ha


hegira-yelah kak. sekerip kau macam slot drama spektra lah.


daniel-bengong.

S.YanaZ berkata...

Mmg.
Menci I dgn blog mengarut nih.
Nk tggalkan komen ponnn I rasa berdoser. Tak koser.

Lu ada ke tak fesbukkk?

Airinar anastasia berkata...

faq..sejak ko takde..moskutuk aku tersadai kat 6th kolej tak bole stat..kot tak..bole gak mintak2 ko tlg stat kan walaupon aku tgk ko berusaha bersungguh2 nak statkan moskutuk aku smpai keluar peluh jantan menampakkan kemachoan lantas aku terpaut ati..skang ni..aku dh takde sape nak soh statkan moto n bawak pi bengkel n nak dpt kan nasehat tentang skuter...faq..balik laa kl cepattt~ (nada awek2 hot merayu smbil gulung2 rambut blonde dan angkat2 sket skirt yg dah sedia pendek tu)

p/s: aku skang tgh usha bdak2 yg bwk gilera a..nak mintak pendapat sket..lu ade member?kem slm gua kat dia..