Ahad, 21 Februari 2010

spontaneustarzt

Kita terbelenggu. Dengan rantai-rantai. Yang mengikat kita secara halus. Hingga tiada lagi ruang untuk berbicara, mempersoalkan atau bertanya tentang pergolakkan yang melanda minda.


Memang kita punya satu kesedaran untuk bangkit, bersuara dan melawan.


Namun, inilah takdirnya. Ada yang menyatakan bahawa bersuara lantang dan mempersoalkan sesuatu persoalan yang tergantung itu kurang ajar. Ada yang menyatakan kebebasan bersuara itu merupakan propaganda negeri orang putih. Hakikatnya, tak siapa bisa menghalang kita untuk mencari kebenaran.


Kebenaran itu mungkin dalam bentuk fakta. Kebenaran itu mungkin dalam bentuk ilmu dan teori. Kebenaran itu pastinya adalah kenyataan yang pahit atau yang manis untuk ditelan.


Atas tekanan moral, kita terpaksa akur. Selain dari keterpaksaan meneruskan kehidupan. Hirarki dalam kehidupan akan terus wujud. Dari manusia untuk manusia. Tapi pada masa yang sama. Janji kebersamaan akhirnya bukanlah apa yang telah dimeterai tetapi hubungan antara manusia sekadar pelengkap hirarki.


Cemburu, iri hati dan dengki adalah menu paling lengkap set hidangan makan malam manusia rakus dengan kuasa, darjat, pangkat, wang dan harta. Set hidangan mudah ditemui di serata pelusuk dunia dan begitu banyak di tanah yang kita pijak ini.


Jelas, mata manusia telah dirabunkan dengan keping-keping kertas bermaruah. Hingga tujuan hidup di dunia ini kaburkan dengan mengejar keping-keping kertas berbanding hidup aman dan nyaman.


Terima kasih budaya aturan hidup manusia.
Siapa penciptanya?

4 ulasan:

FAZ berkata...

Siapa penciptanya?
Sila google

Rajuna berkata...

memang cilake! kah kah

faqhrule berkata...

anarki anarki anarki

kahkahkah

ka-ii berkata...

aku suka ni..