Jumaat, 4 Disember 2009

Aku punya kebencian yang berkualiti : Budak Skima

Mempunyai rambut yang tersusun. Sikat belah tepi. Belum lagi dikategorikan budak skima. Berkawan dengan budak skima adalah episod paling ngeri dalam hidup aku. Berpakaian sopan belum dapat menentukan tahap ke-skima-an seseorang. Banyak ciri lain.


Aku juga pernah dituduh, "Kau ni budak skima ke?" oleh seorang cikgu senior sewaktu aku jadi cikgu sedikit masa dulu. Aku hanya senyum. Sekurang-kurangnya aku melawan, biarpun aku mengawal imej aku ketika sedang bertugas. Ngok.


Aku ada kebencian yang berkualiti. Aku ada sebab mengapa aku perlu membenci. Lantas memberontak. Kita harus mengetahui salah satu ciri dari sifat budak skima adalah mereka yang hanya tahu menurut perintah membabi buta. Tiada langsung inisiatif untuk melawan. Cukup bosan berkawan dengan manusia sebegini.


Biar diri sengsara. Biar diri dipijak-pijak. Terlalu mudah menyerah diri. Memandang orang atasan sebagai superior. Berkawan dengan orang begini amat leceh. Segala hujah-hujah berapi kau akan dicantas dengan kata-kata seperti,"kita ni kerdil aje. Ikut aje lah orang yang di atas tu."


Budak skima biasanya kurang daya kreativiti yang tinggi. Segala peraturan atau garis panduan akan diikuti secara membuta tuli. Tanpa berfikir panjang tentang kesan dan logik, budak-budak skima akan terus mengikut garis panduan dan peraturan biarpun menyedari diri sedang ditindas, diinjak-injak seperti haiwan. Jadi, kalau anda bekerja dengan budak skima dalam usaha menyudahkan sesuatu yang berbentuk kesenian bersedialah dengan hasil seni yang amat mendatar dan sumpah bosan nak mampus.



Budak skima biasanya takutkan pembaharuan yang radikal. Jangan cuba buka atau ketengahkan idea yang radikal. Kalau seorang budak skima jadi ketua kumpulan atau organisasi, idea-idea radikal akan ditolak dengan mentah. Pemikiran kolot macam orang tua. Akhirnya, aku pun jadi skima! Cilaka betul.



Budak skima pantang dengar orang mencarut. Muka jadi biru. Atau dia sound je kau. Rileks la brader.


Jadi, apa lagi engkau rasa ciri budak skima ni?

8 ulasan:

Dewajiwa berkata...

hahaha bab mencarut tu best.

FAZ berkata...

kurangnya daya untuk berfesyen.

baju kegemaran, baju batik!!!

dzul berkata...

payah nak cari skima yg sejati,..ini kerana manusia gemar berpura2.. pembunuh psiko/perogol/tokan dadah kadang2 turut memiliki ciri2 budak skima..

Plain Jane berkata...

slalu org buat baik dgn budak skema sbb nak tiru homework dia je
haha

faqhrule berkata...

budak skima pun ada sisi gelap sebenarnya. bukan semua bab dia skima

Rembo berkata...

yang duduk berehat di rumah sepanjang hari Ahad?

Kot...
Keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

alah..kdg2 budak skema ni ingat die je bleh wat keje. org lain x terer die je yg terer. ingat bleh grad awal time study tp lg teruk sangkut dari aku...padan muka!!!

Rajuna berkata...

dewajiwa-haha...tak baik ngko.


xfazx-14 markah untuk pazzzz!!!

dzul-ho ho ho! buleh pakai teori ini.

plain jane-aku salah sorangnya! ha ha ha

faqhrule-semua orang pun begitu. cuma hak masing2 nak dedah atau tidak.

rambo-yang main futsal, hagagaga

manny zain-hammboi. dapat poin seronok engkau ye