Isnin, 7 Disember 2009

Rantai Berat

Memang aku boring di Tanjung Malim. Aku balik ke Batu Pahat hampir setiap minggu. Kalau tidak pulang ke Batu Pahat, aku akan tersadai di Kuala Lumpur menyaksikan persembahan-persembahan muzik misalnya.


Kekerapan aku balik kampung menimbulkan pelbagai persoalan kepada ramai orang. Ada yang ingat aku homesick. Ada yang ingat aku mengalami masalah emosi kacau bilau seperti tak lama dulu. Tapi sebenarnya tidak. Aku tak boleh hidup sunyi. Itu saja.


Jadi, Arep teman lama aku di kampung bertanyakan kepada aku ketika sesi mengeteh malam kelmarin, "Kenapa kau selalu balik?"


"Aku boring duduk rumah sorang-sorang."


"Ke kau tak ada hala tuju kehidupan?"


"Memang lah. Anarki."


Pffttt....

6 ulasan:

demang berkata...

aku suka betul entri nih.halus dia punya humor,lawak2 punk yang beerti

kecik berkata...

terbayang-bayang macam mana rupa Arep. mesti kelat2 masam

faqhrule berkata...

juna anarkis rupanya.

Rahimin Idris berkata...

anarki muslim ada tujuan bro. *sambil buat2 kira tasbih.. T_T

dEs berkata...

kirim salam kt mak abah i..
jenguk2 lah diorg bg pihak i..

Rajuna berkata...

demang-ceh. banyak kau punya halus.

kecik-arep dah tau pura2 tak tau. kau jumpa dia lempang je.

faqhrule-kah kah kah. anarkis la sangat weh...please lah.

min-mcam pernah terdengar tapi di mana ya.

ecah-kalau la i menantu dorang..pfftt