Selasa, 15 Disember 2009

Susunan blok-blok ayat dengan penuh pengaruh emosional rock era 90 an

Mungkin aku akan memandu. Tanpa arah tujuan. Hanya perlu ikut gerak hati. Sambil mendengar lagu-lagu dari Bryan Adams. Dengan pendingin hawa separa sejuk. Cukup mendamaikan. Hanya akan berhenti apabila mata terasa berat. Atau dipanggil mak untuk makan malam.


Atau mungkin aku akan berjalan di dalam kompleks membeli-belah. Di hari di mana orang lain bekerja di pejabat. Suasana di kompleks membeli-belah tidak akan terlalu sesak pada ketika itu. Barisan di restoran makanan segera juga tidak panjang. Aku boleh menatap benda-benda yang aku suka dengan selesa. Aku boleh duduk bersila di kedai buku untuk membelek-belek buku yang tidak munasabah harganya. Atau sekadar menyelak-nyelak sidaian pakaian yang mempunyai potongan yang cukup bodoh dengan harga yang paling menjengkelkan. Dari helai ke helai. Mulut terkumat-kamit memaki dalam senyap bila menatap tag harga. Cukup menenangkan.



Mungkin duduk di bawah pohon kelapa. Bermalasan. Menghadap lautan luas terbentang. Melihat ombak-ombak pantai memutih. Menghempaskan dirinya. Aku bentangkan tikar. Baring. Bila haus, aku minum air yang mak bawakkan. Tengoklah, kalau ada rezeki lebih mesti mak gorengkan bihun. Aku suka bihun goreng. Tapi jangan bubuh daging lembu. Hanya akan memotong puncak khayal aku ketika mengunyah bihun. Uh, nyaman rasanya. Biarpun aku hangus di bawah terik mentari ketika itu.



Kalau aku ditakdirkan sekali lagi bertemu jodoh dengan kota Kuala Lumpur . Mungkin aku akan menjengah bar-bar yang pernah aku kunjungi dengan senior kampus atau rakan-rakan sewaktu menuntut di sana dulu. Sekadar duduk. Mengimbas kenangan-kenangan lalu. Menghirup jus buah-buahan. Menghabiskan sisa malam. Menikmati alunan muzik langsung yang dipersembahkan. Tapi, tolong. Aku hanya akan angkat punggung kalau mereka tergamak memainkan irama trance dan techno. Itu mengganggu. Konsentrasi aku untuk mencari ilham meneruskan kehidupan.


Kalau punya waktu yang terluang pada petang hujung minggu. Macam biasa. Berseorangan menuju ke pesta muzik orang-orang muda. Bersama kamera yang berfungsi sekadar untuk merakam peristiwa. Melihat-lihat hasil kerja bunyian dan hasil tangan anak-anak muda misalnya. Hanya akan pulang bila muzik brit-pop dimainkan. Aku alergi dengan muzik ini. Tak tau kenapa. Maaf, ya?


Semua ini adalah perancangan kehidupan waktu senggang aku yang telah aku susun dengan penuh teliti. Andai kamu rakan-rakan aku sudah menemui kehidupan berpasangan dengan penuh tanggungjawab.


Dan.


Meninggalkan aku keseorangan.

11 ulasan:

Rembo berkata...

mesti lu tulis dulu baru buat tajuk kan?

Rajuna berkata...

macam mana lu tau?
lu ni hantu betul lah.

Plain Jane berkata...

i so feel this!
tp tang hirup jus buah2an tu spoil la
org hirup air panas je la weyh
haha

Dewajiwa berkata...

muzik techno (electronic muzik macam Trance, House, Dance, Techno, Chillout, Breaks, Downtempo) memang bodoh. ntah dari tamadun entah hape-hape bongok datang tak taulah.

*sori TERmaki hamun plak kat sini beb.

bihun kalau ada cili jeruk, pergh.

Mak Su berkata...

kalaulah maksu dapat pegi makan nasik beriani kat restoren yang menginsafkan di suatu jalan yang sibuk dengan penjual kain di kotaraya yang megah ini..... kalaulah

Rajuna berkata...

puan jane-gelap. i tak ada feel minum minuman panas dalam gelap. ha ha

dewajiwa-ha ha ha. hamboi. mesti x-gf jatuh cinta dengan dj kelab malam ni. ha ha ha

maksu-ada satu kedai mamak dekat kl nama kedai insaf. pergi la mana tau boleh menginsafkan diri sambil tengok karpet kat seberang tu.

FAZ berkata...

Sila cari calon isteri segera!!

dEs berkata...

kalau ada lebih duit,mari i bawa ke pulau manukan..

Guten Tag berkata...

hahaha..yes, semoga akan bertemu jodoh dgn KL lagi. muzik brit pop adalah untuk mereka yang jiwa-jiwa sentimental. techno dan trance adalah untuk mereka yang kehilangan jiwa.

Rajuna berkata...

xfazx-tak pandai!!!!


dEs-ah, i ajak dating pun you tak nak.

guten-terpulang kepada persepsi masing-masing. setiap orang ada alasan atas kecenderungannya.

dEs berkata...

KL xbes.congested dgn couple2 yg pedih mata la nk tengok.
kt kg xboleh.u kan popular.rmai yg baling telur kt rumah i nanti.