Selasa, 8 Disember 2009

Menghitung Rintik Hujan Yang Berguguran Dari Syurga

Sambil mendengar alunan hardcore moden dari Black My Heart seorang diri di dalam bilik, aku terfikir.



Andaikan ada diantara rakan yang menemui pasangan hidup dan bersumpah untuk sehidup semati dengannya, adakah mereka akan terus bersama aku? Aku sangat pasti, pola kehidupan mereka akan turut berubah.




Datang ke kota berita yang sama. Mudik ke desa juga berita yang sama. Berita tentang perkahwinan. Atau rancangan untuk berkahwin. Sedang aku. Masih kosong. Tiada apa. Hidup masih sama pada jalan yang aku cipta sejak umur 16 tahun. Kalau ada lari dari landasan itu, hanya sedikit. Sekadar untuk meneruskan kehidupan dan menutup mulut-mulut orang yang aku hargai. Itu sahaja.




Ada beberapa kemungkinan apabila rakan-rakan aku mengambil keputusan untuk berkeluarga. Maka dengan itu masa untuk bersama aku akan kurang. Atau senang cerita sudah tiada lagi masa untuk aku. Jadi, aku akan berhadapan dengan saat kesunyian melampau pada masa akan datang. Aku belum bersedia untuk saat kesunyian itu. Oh, Tuhan.




Sebagai langkah permulaan. Aku mengambil langkah drastik. Mula membina pengaruh. Secara senyap-senyap dan taktikal. Menyusup perlahan-lahan. Ke dalam pembuluh darah. Terus ke bahagian otak. Tanpa sebarang bunyi. Supaya dapat memastikan keadaan fizikal dan mental aku masih berada trek yang sama. Kekal segar. Bertenaga. Muda. Hardcore!



Log In Myspace-friends-browse people
.
.
.

Miss^Gewdiqs^Indie~Rock Darlinks<<3(18,Kl,MY).
.
.
.
Add as friend-Send message




"Hai! Leh kenal? Katne n watpe tuew?"

8 ulasan:

FAZ berkata...

Jiwa muda

Guten Tag berkata...

hheheheh..biasalah sekarang nih kan musim mengawan..time org ramai kahwin..soalan cepu emas tentang bila nak kahwin seringkali dipaculkan..

laki cikgu kimia berkata...

kenapa apa usul nya?

dEs berkata...

ok la tu..jgn kacau2, skali ank jiran sebelah plk..

Leplep berkata...

gua dh tukar link..

http://www.bilamentolmenyala.blogspot.com/

Mak Su berkata...

comel jer cara tanya tu, menyerlahkan kejiwaan yang kemudaan

Tanpa Nama berkata...

mcm desperate je...upppsss!!!

Rajuna berkata...

xfazx-perasan muda

guten-ha ha. sendiri mau ingat.

laki cikgu-usulnya di sini adalah bagaimana caranya utk kita menangani masalah krisis ekonomi.

des-kalau dah jodoh tak kemana.

alep-ok

maksu-menyindir?

mannyzain-hmm..tak la. isi masa lapang je.